SENARAI PERGADUHAN-PERGADUHAN PERKAUMAN MELIBATKAN ORANG-ORANG MELAYU DENGAN CINA SEJAK 1945 HINGGA 1969
(Sumber Kementerian Dalam Negeri-KDN 14 Mac,1988)
Saya terpanggil untuk mencatitkan maklumat ini kerana Pilihan Raya ke 12 2008 , ada persamaannya dengan Pilihan Raya 10 Mei 1969 dan rekod kedua-dau pilihan raya ini ada persamaannya .
Rekod berdarah politik Malaysia bermula pada;
- Pada 1 Ogos 1945 -Pergaduhan Melayu dengan Cina Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) di Parit Jawa, Muar,Johor.
- Pada 21 Ogos 1945- Pergaduhan antara Kumpulan Kiyai Salleh Abdul Karim dengan orang-orang Cina/MPAJ di Ayer Hitam, Johor .
- Pada Mei-Ogos 1945- Pergaduhan antara Melayu dengan Cina/MPAJA di Batu Pahat,Johor.
- Pada 15 Ogos-15 September 1945-Pergaduhan orang Melayu dengan Cina/MPAJA di Sungai Manik,Perak.Menyebabkan orang-orang Cina melarikan diri ke Teluk Intan,Perak .
- Pada 27 September 1945-Pergaduhan Cina dengan Melayu di Alor Gajah,Melaka.
- Pada 28 September 1945-Pergaduhan Cina dengan Melayu di Senggarang,Johor.
- Pada 6 November 1945- Pergaduhan Cina/Melayu di Padang Lebar,Negeri Sembilan,35 orang Cina terbunuh.
- Pada Disember 1945- Pergaduhan Cina/Melayu di Ayer Tawar,Layang-Layang Kiri, Bruas dan Lambor Kanan-Kesemuanya di Perak. Telah mengorbankan lebih seratus nyawa orang Melayu dan Cina.
- Pada Februari 1946- Pergaduhan di Raub ,pahang.30 orang Cina dan 2 orang Melayu terbunuh.
- Pada Februari/Mac 1947-Pergaduhan di Bekau, Kuala Kangsar.Seramai 70 orang Melayu terbunuh.
- Pada 29 Disember 1948- 2 orang Cina terbunuh di Bruas,Perak yang berpunca dari penculikan 2 budak Melayu pada 20 disember 1948. Berikutnya pada 30 disember 1948,sekumpulan 20 orang Cina yang bersenjata telah menyerang dan membakar beberapa buah rumah kepunyaan orang Melayu di Kg.Ampang,Beruas,Perak. Seorang lagi Melayu telah ditembak mati oleh penyerang-penyerang tersebut manakala sebilangan yang lain telah cedera.
- Pada 24 Ogos 1950-Beberapa orang Cina telah terbunuh di Relau, Kedah. Ini adalah berikutan dengan pembunuhan seorang Ahli Majlis Kerja negeri Kedah berbangsa Melayu .
- Pada 21/22 November 1950- 7 orang Cina terbunuh serta 40 buah rumah kepunyaan cina dibakar di Bukit Selambu,Kedah berikutan pembunuhan seorang Polis Konstable Tambahan Melayu .
- Pada 27 Januari 1951- beberapa orang Cina dibunuh dan beberapa buah rumah mereka di Kg.Tanjung Setoi,Bukit Janun,Kedah turut dibakar. Berikutan daripada kejadian ini,dua orang Melayu dijatuhkan hukuman gantung di samping beberapa orang Melayu lagi menjalani hukuman penjara.
- Pada 19 Februari 1952- 4 orang Cina dewasa dan 3 lagi kanak-kanak Cina terbunuh dalam satu kejadian di mahang,Kulim,Kedah.Rumah-rumah mereka turut dibakar.
- Pada 29 Februari 1952- 6 orang Cina telah terbunuh dalam satu pergaduhan di Relau, Kedah disamping 7 buah rumah kepunyaan Cina turut dibakar. pembunuhan ini berpunca dari pembunuhan seorang anggota Polis Khas berbangsa Melayu.
- Pada 2 Januari 1957- semasa perarakan sempena perayaan penganugerahan status Bandara Georgetown satu pergaduhan telah tercetus antara orang-orang Cina dan Melayu berikutan dengan wujudnya salah faham antara kaum Cina dan Melayu mengenai perarakan tersebut. Antara 2 hingga 8 januari 1957, seramai 4 orang terbunuh dan 48 orang tercedera.
- Pada 1 Mei 1959- Pergaduhan yang melibatkan sekumpulan orang Melayu bertempur di Mesjid Pulau Pangkor dengan 60 orang Cina. Kedua-dua pihak membawa senjata. Ianya berpunca dari satu perkelahian antara seorang Cina dengan seorang Pemuda Melayu. Seorang Melayu telah terbunuh dan 5 lagi tercedera. Sementara di pihak Cina , seorang terbunuh dan dua tercedera.Sebuah kongsi Cina dan 4 buah rumah Cina turut dibakar.Perintah berkurung dikenakan sebagai langkah pencegahan.
- Pada 11 Julai 1964-Satu pergaduhan yang melibatkan 30 orang Melayu dan cina tercetus di Bukit Mertajam yang berpunca daripada satu perkelahian kecil di pasar antara seorang pekerja berbangsa Melayu dan seorang penjual sayur berbangsa Cina. Dalam kejadian ini,seorang Melayu dan seorang Cina telah terbunuh dan beberapa orang tercedera. Perintah bekurung dikenakan selama 10 hari.
- Pada 24 November 1967- Pergaduhan Melayu/Cina di Pulau Pinang berikutan isu penurunan nilai ringgit. Beberapa orang telah terbunuh dan tercedera. Beberapa buah rumah dan kenderaan turut dibakar.Pergaduhan ini telah merebak ke Bukit Mertajam,Perak Utara dan Kedah.
- Pada 24 April 1969- Ketegangan kaum telah wujud apabila seorang pekerja UMNO telah dibunuh di Pulau Pinang oleh anasir-anasir subversif.Pergaduhan kaum hampir-hampir tercetus.
- Pada 13 Mei 1969- Pergaduhan kaum Cina/Melayu yang paling serius bermula di Kuala Lumpur.bahangnya terasa di seluruh Semenanjung. Berpunca daripada kempen-kempen politik berbau perkauman dan eksplotasi komunis.Perintah berkurung telah dikuatkuasakan. seramai 248 orang Melayu, Cina,India dan lain-lain telah terbunuh dalam peristiwa ini .
5 comments:
pasal pergaduhan kaum di kampung gelam singapura 1964 x der ka?
pergghhhh nampak sgt org ceena ni suka carik pasal... mmg taktau hormat org lain, tak ada adab, tak tau cakap lemah lembut, tak ada tatasusila...
Tak baik judge orang je. At least siasat betul2 dulu.
Salam en Abas...maaf,saya student yang sedang membuat kajian tentang konflik multikulturalism di Malaysia untuk thesis saya. Dari mana saya boleh dapatkan detail peristiwa-peristiwa ni ya?
saya org melayu tapi saya baca ni saya rasa macam,, masalah dia orang melayu sebenarnya. jumlah bilangan orang cina yang cedera + terbunuh + rumah dibakar boleh nampak sangat lagi sikit berbanding dengan orang melayu punya..
Post a Comment