Isu Bukit Cina
Dalam tahun 1983,apabila Tan Sri Rahim Tambhy Cik -Ketua Menteri Melaka (CM) berhasrat memindahkan kubur-kubur lama yang berada disitu -bertujuan untuk memajukanya , ia mendapat bantahan orang ramai terutamanya dari kaum Cina, pencita sejarah dan NGO . Mereka berpendapat; Bukit Cina adalah warisan (heritage) sejarah Malaysia bermakna dengan memindahkan kubur-kubur lama itu bermakna memadam sejarah orang-orang Cina di Malaysia .
Sebilangan pertubuhan dan parti politik Cina terutamanya DAP telah menentang dan menjadikan satu isu perkauman bahawa rancangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membangun secara komersial 80 % daripada kawasan Bukit Cina dan menjadikan baki 20% lagi sebagai kawasan perlindungan bagi mengekalkan unsur-unsur peninggalan sejarah dan sebagai kawasan rekreasi.
DAP selanjutnya telah terus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman untuk membangkitkan kemarahan orang-orang Cina terhadap Kerajaan dan orang-orang Melayu. Dalam satu ceramah pada 29 September,1984 di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Lim Kit Siang, Setiausaha Agong DAP,telah menyifatkan rancangan Kerajaan untuk membangunkan Bukit Cina itu sebagai satu muslihat Kerajaan untuk melenyapkan segala jasa-jasa kaum Cina terhadap negara dan juga sebagai cabaran terhadap kebudayaan dan agama orang-orang Cina.
DAP terus mengeksploitasi isu ini dengan beberapa kegiatan termasuk penyebaran poster diselutuh negara pada 21 Julai,1984 yang mengandungi ungkapan seperti-" Bukit Cina Warisan Sejarah Cina", mengadakan upacara berjalan kaki bagi 'menyelamatkan"Bukit Cina di Kuantan,Seremban,Alor Setar dan Melaka di antara 20 dan 30 Oktober ,1984,serta berusaha mengumpulkan 200,000 tandatangan sebagai penentangan kaum Cina terhadap usaha memajukan Bukit Cina. semangat perkauman yang tebal sengaja dipupuk oleh DAP tanpa segan silu.
No comments:
Post a Comment