Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya Bahagian 3
Dipetik daripada Penyata Suruhanjaya Pilehanraya -Penyata 1969 Tahun 1972 m.s.12
33. Pada penghujong tahun 1968 telah dilaporkan iaitu sabuah parti siasah hendak memulaukan pilehanraya umum ini. Bagaimana diketahui parti itu telah tidak menamakan chalonnya disebarang bahagian pilehanraya dan sabaleknya pula telah berkempen merayu orang ramai supaya jangan menggunakan hak2 mengundi mereka.
34. Adapun memberi ulasan mengenai aktiviti2 dan dasar2 parti siasah itu terkeluar dari lengkongan kuasa Suruhajaya Pilehanraya,namum demikian,pehak Suruhanjaya merasa tidak menjadi salah memberi gambaran sechara 'am tentang chara2 kempen yang telah dijalankan sebelum hari mengundi.Suasana aman dan tenteram yang ternyata semasa pilihanraya umum tahun 1964 dan juga dipilehanraya2 yang lain yang dijalankan di-negeri ini pada masa yang lalu telah tidak ternampak semasa kempen tahun 1969.Perbincangan politik yang utama yang telah diserukan oleh sebilangan Parti Siasaha yang tertentu adalah menyetoh perkara2 perkauman yang sensitif yang menyinggong perasaan rakyat. Peristiwa sejarah 13 Mei telah mengakibatkan pengistiharan Ordinan Dharurat (Kuasa2 Perlu) Tahun 1969, pada 15 Mei ,1969 oleh Yang di-Pertuan Agong yang telah menggantongkan Parlimen dan Dewan2 Undangan Negeri dan menubuhkan Majlis Gerakan Negara. Peristiwa ini telah diberi persebaran yang luas dan satu Kertas Putih mengenai perkara itu telah dibentangkan oleh Kerajaan.
35. Semenjak itu satu pindaan telah dibuat kepada Akta Asutan ,1948 yang antara lain2 perkara adalah menjadi kesalahan bagi sesiapapun menyoal perkara2 mengenai hak2,taraf,kedudokan,keistimewaan dan kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau yang diperlindongi oleh peruntukan Bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152,153 atau Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan ini menyebut perkara2 kerayataan,bahasa kebangsaan,hak2 orang Melayu dan kedaulatan Raja2.
36. Selain daripada itu satu pindaan telah juga diperbuat kepada Akta Kesalahan2 Pilehanraya ,1954 dengan mana,sesiapa yang dihukum kerana kesalahan dibawah Sekshen Kecil (1) dan Sekshen 4 Akta Hasutan,1948 ia tidak sehingga tamat 5 tahun dari tarikh hukuman itu,boleh dipileh disebarang pilehanraya ,dan sekiranya pada tarikh hukuman itu ia telah dipileh disebarang pilehanraya,maka kerusinya itu adalah dikosongkan mulai daripada tarikh itu
No comments:
Post a Comment