Friday, April 11, 2008

OPERASI LALANG - 27 Oktober 14 Novenber 1987

Reaksi Orang Melayu
Orang-orang Melayu rasa tidak tenteram dan mulai membincangkan isu-isu yang ditentang dan dibangkitkan oleh orang Cina terhadap Kerajaan . Beberapa pertubuhan Melayu, terutamanya Pemuda UMNO telah bertindakbalas berikutan dengan perkembangan-perkembangan diatas.
Pemuda UMNO telah menganggap resolusi Konvensyen MCA Selangor pada 2 November 1986 sebagai satu penafian terhadap hak dan keistimewaan orang-orang Melayu. Resolusi tersebut berbunyi "Based on historical facts, Malaysia's three major races are orginated from other countries. Therefore,none of them should brand the other as immigrants and claim themselves as natives ". Seterusnya Pemuda UMNO telah mengadakan satu demonstrasi pada 11 November 1986 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur dimana ia telah mendesak supaya Lee Kim Sai, Timbalan Presiden MCA,dipecat daripada Kabinet dan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional dikaji semula .
Sebagi membidas desakan Pemuda UMNO itu, Pemuda MCA pula telah menghantar sepucuk telegram kepada Perdana Menteri Tun.Dr.Mahathir Mohmad yang menyifatkan desakan Pemuda UMNO itu sebagai "luar batasan dan keterlaluan", telegram itu seterusnya menyatakan "Pemuda UMNO merupakan satu pergerakan yang kurang ajar.....
Agitasi parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan Cina mengenai berbagai isu dalam tahun 1987,termasuk isu KPD dan penempatan guru-guru tanpa kelulusan Mandarin di SRJK (C) telah terus menarik perhatian Pemuda UMNO. Perhimpunan di Kuil Thean Hou, Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1987 terutamanya telah menimbulkan reaksi yang hangat di kalangan Pemuda UMNO. Dalam kenyataannya Fahami Ibrahim , Ketua Pemuda YMNO Selangor juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata "............Bahawa rata-rata Pemuda UMNO begitu kesal dengan sikap Lee Kim Sao dan masyarakat Cina yang begitu berani membangkitkan soal-soal yang boleh menyakitkan hari orang-orang Melayu. Paling dikesali apabila sanggup duduk semeja dengan Lim Kit Siang yang selama ini musuh politik Kerajaan......"Sebagai reaksi kepada perhimpunan di Kuil pada 11 Oktober,1987 itu, Pemuda UMNO telah menganjurkan perhimpunan raksaksa orang-orang Melayu di Stadium TPCA Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur pada 17 Oktober,1987. Perhimpunan ini turut serta disertai oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain termasuk Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) seta siswa-siswa Melayu dari Universiti tempatan . Dalam perhimpunan ini ungkapan-ungkapan yang keras telah dipamerkan ,di antaranya:
- "LUCUTKAN KERAKYATAN PENENTANG DYMM RAJA-RAJA MELAYU"
- "ANWAR JANGAN RAKUT DENGAN CINA"
- "13 MEI KINI BERMULA "
-"BASAH IA ( KERIS) "DENGAN DARAH CINA"
Kesemua perkembangan-perkembangan di atas telah membawa kepada suatu keadaan yang genting. Ini jelas apabila peristiwa Prebet Adam* . pada gari esoknya, iaitu 18 Oktober 1987, menimbulkan perasaan cemas di kalangan rakyat di seluruh negara walaupun peristiwa terpencil tersebut tidak kena-mengena langsung dengan masalah perkauman.
(* Peristiwa pada malam 18 Oktober 1987 di kawasan Chow Kit /Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur, di mana seorang anggota tentera iaitu Prebet Adam Jaafar yang sedang menghadapi tekanan jiwa telah menggunakan senajta M16 melepaskan beebrapa timbakan yang mengakibatkan soenag Melayu mati dan seorang Cina dan seorang lagi Melayu mendapat luka parah.)

No comments: