Thursday, April 17, 2008

Pengalaman Semasa Pilihanraya ke-3 1969


Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya Bahagian 4

Keputusan yang pertama diterima oleh Suruhanjaya Pilihanraya ialah pada pukul 11.25 malam pada 10hb Mei 1969 daripada DUN Cameron Highland dan keputusan yang terakhir ialah pada pukul 1.oo tengahari pada 11hb Mei 1969 daripada Parlimen Kuala Terengganu Utara. Walau bagaimanapun ,keputusan penuh disiarkan pada pukul 5.00 petang pada 11hb Mei 1969. Keputusan sebelum Parlimen digantung;

1.Perikatan 66 kerusi

2.United Sabah National Organisation (USNO) 10 kerusi

3.Parti Tindakan Demokratik (PTD) 13 kerusi

4.Parti Islam Sa-Malaya (PAS) 12 kerusi

5.Parti gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 8 kerusi

6.Parti Kemajuan Rakyat (PKR) 4

Jumlah bilangan kerusi Parlimen 104


Perbandingan untuk keputusan Pilihanraya 2008 ialah;

1.Barisan Nasional 140 kerusi
2.Parti Keadilan rakyat (PKR) 31 kerusi
3.Democratic Action Parti (DAP) 28 kerusi/ Tahun 1969 hanya 13 kerusi
4.Parti Islam Sa-Malaya (PAS) 23 kerusi /Tahun 1969 hanya 12 kerusi

Jumlah bilangan kerusi Parlimen 222


Perkara yang menarik perhatian akibat daripada pilihanraya ini (1969) ialah bertambahnya bilangan pembangkang dengan pilihanraya 1964. Walaupun parti pembangkang telah mendapat beberapa kerusi, parti Perikatan masih lagi berkuasa di Parlimen. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GRM) telah mengawal DUN Pulau Pinang,dan Parti Islam Sa-Malaya (PAS) telah mengawal semula DUN Kelantan. Perikatan menguasi dilain-lain negeri .13 calon hilang deposit di Parlimen gagal emndapat 1/8 jumlah undi sah,dan seramai 69 DUN.


Berikutan dengan meletusnya kekacauan pada 13hb Mei 1969 dan pengistiharan darurat di seluruh Malaysia, pada 15hb Mei 1969 semua pilihanraya yang belum lagi diselesai telah digantung.


No comments: