Eksploitasi Isu Krisrianisasi
Kegiatan NPW ini diketahui dan dieksploitasi oleh Salleh Omar, seorang penganggur yang berasal dari Kedah, dengan membesar-besarkan kejayaan mengkristiankan orang-orang Melayu melalui ceramah-ceramahnya di beberapa buah masjid , sekolah dan jabatan kerajaan .Kamaluddin hj.Tahir, seorang penjaja yang berasal dari Kampung Damansara Dalam, Kuala Lumpur, yang mengakui kononnya pernah menajdi paderi, juga mengeksploitasi isu ini dengan menghebohkan kejayaa-kejayaan yang kononya telah dicapai dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu .
Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua mereka yang tersebut di atas telah dipercayai oleh beberapa golongan orang Melayu dan telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam. Kegelisahan ini telah dipergunakan oleh beberapa tokoh PAS untuk kepentingan politik mereka. Pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal, Johor, Khalid Abdul Samad, Setiausaha Pemuda PAS telah membuat kenyataan "......seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000....." . Pada 1 September 1987, akhbar The New Straits Times telah menyiarkan kenyataan Haji Yusof Rawa, Yang DiPertua Agong PAS, yang mendakwa 66,000 orang Melayu telah meninggalkan Islam .
Pada pertengahan tahun 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristianisasi yang telah melancarkan kempen penerangan seperti seminar-seminar,rapat-rapat umum,dan penyebaran risalah-risalah berkaitan denagn isu Kristianisasi tersebut . Ibi disusuli dengan satu "Perhimpunan menentang Kristianisasi"yang telah diadakan di Sitiawan, Perak pada 29 Ogos 1987 . Semasa perhimpunan itu Mohamaed Sabu, seorang tokoh Pemuda PAS, mendakwa bahawa seramai 10,000 orang Melayu telah diKristiankan .
Berhubung dengan perhimpunan tersebut DAP telah membuat laporan Polis membantah kain pemidang yang di rentang di Pekan Sitiawan berbunyi "Ceramah Dan Perhimpunan menentang Kristianisasi" sebagai boleh menimbulkan penghinaan terhadap keagamaan pihak yang membaca kain pemidang tersebut .
Kegiatan NPW,dan aktiviti-aktiviti golongan tertentu mengeksploitasikan isu kristianisasi, telah menimbulkan perasaan curiga di antara golongan-golongan Melayu dan Kristian .
No comments:
Post a Comment