Tuesday, April 29, 2008

Meniliti 83 tuntutan Suqiu

PILIHANRAYA 2008 ini telah memberikan kesempatan kepada saya untuk melihat kembali apa yang telah berlaku dalam tahun 2000, apabila 11 pertubuhan nasional Cina Malaysia seperti berikut;
  1. Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong)
  2. Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina malaysia ( Jian Zong)
  3. Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni sekolah Cina Malaysia
  4. Nanyang University Alumni Association of Malaysia
  5. Taiwan Graduates Almuni Association of Malaysia
  6. Dewan Perhimpunan Cina Selangor
  7. Federation of Guangdong Association of Malaysia
  8. Federation of Guangxi Association of Malaysia
  9. Federation of Sanjiang association of Malaysia
  10. Federation of Fuzhou association of Malaysia
  11. Huazi research Centre

Setakat 16 Ogos 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 1,848 pertubuhan Cina di Malaysia .

Pada tahun 2000,dua lagi pertubuhan Cina telah menyertai Jawatankuasa Suqiu selain daripada 11 persatuan di atas , dua persatuan ini ialah:Dewan Perhimpunan Cina Negeri SembilanFederation of Hokkien Association of MalaysiaSebelum Pilihan Raya 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 2,000 buah pertubuhan Cina di Malaysia.Kesemua pertubuhan diatas telah mengemukakan 83 tuntutan melalui Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) seperti berikut;

Mukadimah

Pilihan yang akan datang akan memilih kerajaan dan wakil rakyat yang akan memimpin negara ini ke alaf abru. empat puluh dua tahun selepas mencapai kemerdekaan , negara kita telah berkembang maju dalam semua sektor hasil daripada usaha dan sumbangan rkyat semua kaum, dengan sepenuhnya menunjukkan dinamika sebuah negara yang berbilang kaum . Walau bagaimana pun ,beberapa dasar kerajaan yang tertentu,terutamanya yang berkaitan denagn kesamaan bangsa,demokrasi, hak asasi manusia,autonomi kehakiman dan sebagainya perlu diperbaiki .Krisi ekonomi pada dua tahun yang lepas dan wabak virus nipah merupakan dua bencana terbaharu yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbang semula masa hadapan negara kita secara serius.Kerajaan seharusnyamengadakan satu rancangan pembangunan yang sepadu untuk industri kecil dan sederhana dan Perkampungan Baru Cina yang telah ditubuhkan lebih daripada lima puluh tahun dahulu. Apabila kerajaan sedang giat menjalankan pelbagai projek mega, kita masih menghadapi kekurangan dana,bilik darjah dan guru di sekolah-sekolah . Kami juga perlu menaruh perhatian pada sektor yang mundur yang terdapat di kalangan Orang-Orang asli, perkerja estet,penduduk bandar dan petani miskin.Di samping itu kami amat mengambil berat tentang isu amalan rasuah,penyimpangan kerajaan dalam pentadbiran awam,kebertanggungjawab dan kelutsinaran kerajaan yang telah menimbulkan banyak perbincangan di kalangan orang awam. Demi cinta kami terhadap negara,serta perhatian kami terhadap masa hadapan bangsa kita ,kami meminta semua calon dan parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan datang menyokong dan melaksanakan rayuan kami. Kami juga menggesa semua pengundi negara kita berusaha merealisasikan rayuan ini .

No comments: