Zainal Abidin bin Haji Alias
http://malaynasionalis.blohspot.com/ adalah seorang nasionalis dan juga jurnalis . Saya ada menyimpan sebuah buku tentang pengalaman beliau sebagai wartawan Utusan Melayu ; Tempat Jatoh Lagi Di-kenang" oleh Ghazali Ismail yang diterbitkan dalam tahun ???? .
Dalam tahun 1986, Zabha menjadi penulis kolum Utasan Melayu (Jawi)-Secebis Kenangan dan saya ada menyimpan beberapa keratan tulisan kolumn beliau antaranya ialah Wartawan Berita Perak: Ahmad Nur Abdul Shukor dalam Kenangan yang diterbitkan oleh Utusan Melayu 12 Jun 1986;
(Petikan dari tulisan Jawi ke Rumi)-
Haji Ahmad Nur Abdul Shukor,81, yang meninggal dunia dirumahnya di Jalan Lapangan Terbang Ipoh,minggu lalu adalah diantara beberapa orang wartawan-wartawan Melayu di negeri Perak yang terkemuka di zaman sebelum Perang Dunia yang Kedua dulu.
Haji Ahmad Nur Abdul Shukor bukan sahaja terkenal sebagai salah seorang daripada pengasas tetapi juga sebagai Pengarang kepada sebuah akhbar Melayu dibandar Ipoh bernama "Warta Kinta" yang diterbitkan seminggu sekali pada setiap Jumaat.Penerbit dan Pengarang pertamanya ialah Raja Mansur bin Raja Abdul Kadir sementara Pengurusnya ialah Haji Yang Hamzah .
Dalam keluaran sulongnya pada 24 Disember 1939,,beberapa orang wartawan yang terkemuka dizaman itu telah ikut membuat sumbangan sebagai mengalu-alukan kelahiran akhbar mingguan " Warta Kinta" tersebut.
Diantara mereka itu ialah Ahmad Nur Abdul Shukor yang menyumbang satu rencana bertajuk "Jurnalistik Melayu di Perak ", Ahmad Ismail Pengarang dan tuan punya majalah "al-Hikmat" Kota baharu Kelantan dengan rencananya bertajuk "Semangat Kewartawanan" manakala Mohd Yunus Abdul Hamid Pulau Pinang dengan tajuk "Selamat Kehadiran Warta Kinta " dan Tuan Haji Anjar Asmara serta isterinya Surtina Asmara yang ketika itu berada di Ipoh telah menulis juga bertajuk "Surat Menyurat".
Sebenarnya tidak banyak orang yang mengetahui bahawa negeri Perak juga ikut memberi sumbangan dalam bidang pertumbuhan dan kemajuan kewartawanan Melayu. Bukan sahaja dalam abad kedua puloh ini malahan dalam abad yang kesembilan belas juga.
"Seri Perak"
Sekurang-kurangnya tiga buah akhbar mingguan telah diterbitkan di taiping,yang ketika itu menjadi ibu negeri bagi negeri Perak dalam abad yang kesembilan belas. Dulu akhbar-akhbar tersebut ialah mingguan "Seri Perak ", "Jajahan Melayu "dan bulanan yang dipanggil "Warta Kerajaan Perak ".
"Seri Perak " misalnya mula diterbitkan dalam bulan Jun 1893. Kalaulah akhbar itu masih hidup seperti akhbar kebangsaan Utusan Melayu yang ada sekarang ini,maka umurnya akan menjadi satu abad dalam masa beberapa tahun lagi.
"Seri Perak "adalah sebuah akhbar mingguan yang diterbitkan di Taiping, yang ketika itu menjadi ibu negeri Perak .Saya sudah mendengar akan ujudnya akhbar itu sewaktu saya kanak-kanak dibangku sekolah lagi bahkan orang-orang tua saya pernah menyebut-yebut nama suratkhabar tersebut tujuh puloh tahun yang silam. Tiga tahun kemudia, iaitu pada tahun 1896,terbit lagi satu akhbar mingguan bernama "jajahan melayu "dibandar Taiping juga dikeluarkan pada tiap-tiap Khamis. akhbar tersebut dipimpin oleh Mohamad Omar bin Hai Abu Bakar ,seorang wartawan Melayu yang terkemuka di negeri Perak waktu itu .
Rencana Pengarangnya mengandungi banyak gurindam dan kiasan. Berikut ini saya petik rencana Pengarang mingguan " Jajahan Melayu " keluaran 7 haribulan Januari tahun 1877-
" Adapun bahasa itu suatu perkataan yang sukar dicari dan tiada dapat dibeli hingga jauhari yang bahari sekalipun mengeluh hendak melayakan harganya sedang sifatnya lagi lemah lepasan geliga penwar si min yang mendengarnya. Wahai benar sungguh gurindam yang sedikit itu sehingga terbuka nafsu kebatinan didirikan beberapa syarat yang membangunkan berahi baharuan mempelajari bahasa ialah sebutir manikam yang menerangi hukum alam".
Pada tahun yang sama, iaitu tahun 1896,kerajaan Perak menerbitkan sebuah akhbar bulanannya juga dipanggil "Warta Kerajaan Perak ". Akhbar itu juga diterbitkan di taiping dan dijual diseluruh Semenanjung Tanah Melayu .
Berita-berita yang disiarkan tidak terbatas pada kejadian-kejadian yang berlaku di negeri Perak sahaja bahkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dinegeri-negeri lain juga diikut memenuhi halaman suratkhabar itu .
Bercita-cita Tinggi
Sementara itu di batu gajah, bebarapa orang yang berjiwa kewartawanan telah giat berusaha untuk menerbitkan sebuah suratkhabar sendiri. Akhirnya mereka berjaya menerbitkan sebuah mingguan yang diberi anma " Jambatan Berita " pada tahun 1901.
Wartawa-wartawan di Batu Bajah ini adalah satu gulongan yang bercita-cita tinggi. Mereka mengharapkan suratkhabarnya bukan sahaja dapat dibaca oleh orang-orang Melayu Semenanjung tetapi juga oleh penduduk-penduduk Indonesia dan Seri Langka ( dulunya Ceylon).
Selain daripada itu pada tahun 1923, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah menerbitkan majallahnya yang dikeluarkan tiga sekali setahun. Majjalah ini adalah untuk menjadi bahan bacaan seluroh orang-orang Melayu dan bukan merupakan sebuah majjalah sekolah.Biasanya majjalah sekolah cuma diterbitkan setahun sekali iaitu pada penghujung tahun. majjalah Kolej Kuala Kangsar ini diberi nama "Sain".
Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim juga tidak mahu ketinggalan untuk menerbitkan akhbarnya sendiri. Ia diterbitkan pada tiap-tiap penggal persekolahan iaitu dua kali setahun . Majjalah ini diberi nama "Cenderahati " melahirkan diri buat pertama kali pada tahun 1923.
Semangat kewartawanan rupa-rupanya tidak terbatas pada maktab-maktab di negeri Perak sahaja bahkan sekolah-sekolah agama juga ikut memberi perhatian kepada usaha menerbitkan majjalah . Madarsah al -Idrisiah Kuala Kangsar menerbitkan sebuah majjalah bernama "Panduan "dipimpin oleh Mohamad Nur Pahim sebagai Pengarangnya. Bilangan pertamanya terbit pada bulan November 1934.
Begitulah ringkasnya usaha kekegiatan Haji Ahmad Nur Abdul Shukor wartawan veteran Melayu yang terkemuka di zamannya dan juga riwayat sumbangan negeri Perak kepada bidang pertumbuhan dan kemajuan kewartawanan Melayu dalam abad yang lalu. Semoga Allah cucuri Rahmat keatasnya- Amin .
No comments:
Post a Comment