Tuesday, April 29, 2008

Datuk Harun Idris dalam ingatan saya......

Dalam saya mencari bahan lama simpanan saya saya ada terjumpa beberapa keratan akhbar dan buku mengenai Datuk Harun Idris yang telah meninggal dunia pada 19-10-2003, ketika itu arwah berusia 78 tahun . Tidak ada siapa dikalangan orang Melayu dan lain-lain kaum di Malaysia yang tidak kenal Datuk Harun . Maklumat tentangnya mudah diperolihi dalam Internet tetapi sebagai tanda kenangan saya kepada perjuangan arwah dan juga sumbangannya yang meramaikan orang Melayu di Kuala Lumpur sehingga ke hari ini , saya banyak kali bertemu dengan arwah melalui pak saudara yang berkebetulan orang kuat Datuk Harun sebelum Datuk Harun dipenjarakan kerana masalah teknikal politik .
Apabila Datuk Harun dibebaskan daripada penjara Pudu , kawan saya Abdul Rahim Abd Rahman mengajak saya ke rumah Datuk Harun . Apabila kami sampai ke rumah Datuk Harun berkebetulan teksi yang dinaiki oleh beliau pun samapi diwaktu yang sama. Setelah membayar tambang dan mengambil begsnya , kami bertiga menuju kerumah beliau yang jaraknya 150 kaki daripada pintu masuk . Suasana ketika itu sunyi dan tiada sesiapa di rumah dan kami berdua duduk di porch mengadap ke kolam renang dan Datuk Harun masuk ke dalam rumah .
Tiada berapa lama beliau keluar membawa minuman sejuk dan berkata tiada sesiapa dirumah kerana mereka pergei ke Pudu untuk menjemput beliau balik , tetapi pihak penjara telah melepaskan beliau 1 jam lebih awal dan oleh kerana "malas" menunggu beliau menahan teksi untuk balik kerumah .
Sebaik sahaja keluarganya sampai, kami pun memohon diri untuk pulang dan berjanji akan berjumpa semula...

No comments: