Tuesday, April 15, 2008

OPERASI LALANG -27 Oktober 14 November 1987

PENGELIBATAN BERTERUSAN PARTI KOMUNIS MALAYA
Selaras dengan strategi dan tujuannya, Parti Komunis Malaya (PKM) telah terus menangguk di air yang keruh dan mengeksploitasi segala isu-isu yang timbul kebelakangan ini demi memajukan objektifnya untuk merampas kuasa dan menubuhkan sebuah negara komunis. PKM telah mengaturkan propaganda dan dakyah yang halus untuk masing-masing kaum Cina, Melayu dan India, dengan mengeksploitasi segala ketidakpuasan yang dianggap dialami oleh kaum yang berkenaan .
Di samping kegiatan-kegiatan untuk mengeksploitasi segala isu-isu yang wujud, PKM telah juga berusaha menggerakkan semula kegiatan militan di kalangan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Melayu .
Dalam hubungan ini, Setiausaha Agong PKM Chin Peng telah mengadakan pertemuan sulit dengan dua orang pelajar Melayu radikal, Hishamuddin Rais dan Mohd.Yunus bin Lebai Ali di Beijing pada bulan Januari 1980. Dalam kenyataannya Mohd.Yunus mendedahkan: ".......Chin Peng mencadangkan agar Hishamuddin Rais dan saya menubuhkan Kumpulan Bersenjata Melayu jika perlu atau sesuai yang bebas dari PKM, tetapi pada peringkat awalnya PKM akan memberi latihan kepada kumpulan bersenjata dan juga bantuan lojistik sehinggalah ianya boleh berdirikari...."
Hishamuddin Rais dan Mohd.Yunus bin Lebai Ali selanjutnya telah mengadakan satu lagi pertemuan dengan Chin Peng di Beijing pada bulan Julai/Ogos 1981. Berikutan dengan pertemuan itu, kedua-dua mereka telah berusaha menggerakkan pelajar-pelajar selaras dengan strategi PKM. Hasil usaha mereka mula kelihatan mulai bulan Mac,1984 bilamana beberapa forum,seminar,pertunjukan kebudayaan dan pameran bagi memperingati ulang tahun ke 10 pergerakan militan pelajar Malaysia diadakan.**
(** Hishamuddi Rais cuba ditangkap dalam Operasi Pinang tetapi berjaya bolos dan lari ke London)
Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk menghidup semula semangat militan pelajar-pelajar dengan cara memperingati peristiwa-peristiwa Tasik Utara,Johor,Telok Gong,Selangor dan Baling (juaranya Anwar Ibrahim),Kedah yang semuanya belaku dalam tahun 1974. Pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan tokoh-tokoh politik pembangkang telah turut sama merayakan peristiwa tersebut yang diadakan juga pada penghujung tahun 1984,awal tahun 1985 dan pertengahan 1987 .
Daalam pada itu Mohd.Yunus bin Lebai Ali telah menyatakan bahawa beliau telah menerima wang daripada Chin Peng untuk melanjutkan pelajaranya di London . Beliau menganggap peranaannya di London ialah menguasi pemimpin-pemimpin pelajar Melayu dan kemudiannya mewujudkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan FUEMSSO . Beliau beranggapan sedemikian selepas bertemu dengan Chin Peng dan kemudiannya dengan Tan Wah Piow,seorang Marxist di London,dalam bulan Julai 1980. Tan Wah Piow mencadangkan supaya beliau bertanding jawatan Majlis Perwakilan Pelajar United Kingdom (MPP-UK). Tujuan memegang jawatan tersebut adalah untuk menyatukan pergerakan-pergerakan pelajar United Kingdom di bawah pengaruh FUEMSSO dan seterusnya menyeami fahaman komunis di kalangan pelajar-pelajar sebelum mereka kembali ke Malaysia .

No comments: