Penggunaan "Liberation Theology "
Adalah juga terdapat kumpulan yang berfahaman Marxist di kalangan gereja yang menjalankan kegiatan-kegiatannya mengikut konsep "Liberation Theology"** yang diamalkan oleh golongan Marxist. Kumpulan ini telah menyusup ke dalam beberapa badan Kristian seperti Catholic Welfare Services, (CWS), Young Christian Movement (YCM),Catholic Student Society (CSC) dan Council Of Churches od Malaysia (CCM) melalui program "Urban Rural Mission"(URM).
(** "Liberation Theology"yang diamalkan oleh golongan Marxist adalah satu pendekatan yang menekankan bahawa ajaran Katholik mengandungi ajaran bahawa pembebasan manusia hanya boleh dicapai melalui perjuangan kelas dan kekerasan boleh digunakan jika tidak ada jalan lain.)
Objektif utama URM seperti yang diterangkan oleh Theresa Lim Chin Chin,seorang pekerja sosial gereja,ialah:-
".....untuk menganjurkan dan "conscientize"rakyat jelata iaitu pekerja estet dan kilang serta setinggan-setinggan dengan tujuan untuk membentuk satu pergerakan rakyat jelata yang meluas yang mampu untuk menentang secara radikal struktur masyarakat,termasuk perbezaan kelas yang wujud dalam masyarakat,sistem politik,sosio-ekonomi,dasar Kerajaan dan sebagainya. "
Dalam tahun 1984 beberapa pekerja sosial yang berfahaman Marxist di dalam CCM-URM yang diketuai oleh Sebil John s/o P.C. Josset telah menubuhkan Peralihan Sdn.Bhd. (PSB) untuk menjalankan kegiatan bagi ,emyibarkan fahaman Marxist di kalangan pekerja-pekerja kilang dan ladang khususnya melalui sessi-sessi pengajian. PSB dibayai sepenuhnya oleh Christian Conference of Asia-Urban Rural Mission (CCA-URM). Sivamoorthys/o Solai,seorang ahli kesatuan sekerja dan ahli PSB mendedahkan:-
".....pada tahun 1987,saya menghadiri sessi pengajian Marxist yang dianjurkan oleh Sebil John. Pengajian yang pertama pada akhir bulan April 1987 di mana risalah kehidupan Marx telah disebarkan. Pengajian kedua diadakan pada Mei 1987 di mana Sebil John memberi syarahan mengenai sejarah Malaysia dan telah menggunakan idea-idea Lenin, Trotsky dan Marx untuk menerangkan hubungan teori-teori ini dengan sejarah komunisme di Malaysia . Pengajian ketiga diadakan pada Julai 1987 di mana Sebil John memberikan syarahan mengenai kegiatan dan pergerakan buruh. Di sini Sebil John telah mengutuk kerajaan kerana menyebabkan masalah buruh tidak dapat diselesaikan. Sebil John juga menualahkan golongan kapitalis yang terus menerus menindaskan pekerja dan menyebabkan keadaan pekerja semakin buruk . Seminar seterusnya diadakan selama seminggu di awal Oktober 1987 di mana Sebil John membincangkan teori Marx, Lenin, Trotsky dan Mao Zedong."
Golongan Marxist ini telah juga menyusupi sebuah lagi pertubuhan Kristian iaitu "National Office Of Human Development "(NOHD) . Mereka telah memperalatkan "Lentern Campaign"** yang dijalankan setiap tahun oleh NOHD untuk mempengaruhi penganut-penganut agama Kristian melalui proses "conscientization."
(** satu acara tahunan yang dijalankan oleh gereja-gereja Katholik selama 40 hari bermula dari "Ash Wednesday"hingga ke pagi pada Hari Easter bagi tujuan menebus dosa ( penance) ).
Theresa Lim Chin Chin telah mendedahkan:-
"....Dalam "Lentern Campaign "saya cuba mencapai matlamat berikut: membentuk atau menubuhkan secara perlahan-perlahan satu persatuan Kristian yang berani dan lantang mengkritik kerajaan mengenai isu-isu yang melibatkan ketidakadilan dan yang melibatkan masyarakat.Kumpulan ini akan menjadi kumpulan pendesak yang mampu mewujudkan perubahan dan juga menyemaikan fahaman "Liberation Theology "kepada penganut-penganut Kristian. "
Golongan tersebut telah juga menyebarkan risalah berunsur keagamaan yang di antara lain memuatkan "Lord's Prayers" yang bertajuk "Reflections". Melalui "Reflections" ini isu kemiskinan dan penderitaan diputarbelitkan semata-mata untuk mencapai matlamat perjuangan golongan Marxist dalam NOHD. Brother Anthony Rogers s/o Balavandram ,Penolong Pengarah NOHD menyatakan bahawa "ungkapan yang digunakan dalam "Reflections" ini adalah sesuai untuk mengapi-apikan semangat rakyat untuk mencetuskan keresahan sosial."
Brother Anthony Rogers juga menyatakan golongan beliau telah mempergunakan persidangan serantau anjuran "Federation Of Asian Bishop Conference"(FABC) berhubung dengan "Non-Formal Educat and Total Human Development"untuk menyemai fahaman Marxist di aklangan peserta-peserta persidangan itu .Persidangan tersebut telah diadakan di cameron Highlands dalam bulan November 1982 dan dijadiri oleh paderi-paderi dan pekerja-pekerja gereja dari 11 buah negara Asia serta beberapa orang aktivis Marxist. Brother Anthony Rogers menambah bahawa Archbisop Legaspi dari Filipina berasa sangat kecewa setelah membaca laporan seminar tersebut dan telah mempersoalkan mengapa analisa Marxist digunakan di dalamnya .
Beberapa orang ahli golongan Marxist ini telah juga pergi ke Filipna untuk memperlajari selok-belok tindakan mogok dan tunjuk perasaan yang didalangi oleh anasir-anasir pro-komunis di negara tersebut .
No comments:
Post a Comment