Friday, April 11, 2008

OPERASI LALANG-27 Oktober 14 November 1987

Isu Kebudayaan/Bangsa/Agama
Satu lagi isu yang dimainkan oleh DAP untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan orang-orang bukan Melayu dan untuk membangkitkan perasan anti-Kerajaan dan anti-Melayu, ialah isu kononnya Kerajaan mengamalkan dasar satu bangsa,satu kebudayaan,satu bahasa dan satu agama. ( DAP tetap tak akan menerima penubuhan negara Islam ataupun yang ada hubungan dengan Islam,umpamanya untuk bersegkokol dengan PAS untuk menjadikan Malaysia negara Islam seperti yang PAS idamkan). Diantara kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh tokoh-tokoh DAP itu adalah kenyataan Lim Kit Siang pada 14 januari 1983 di Ibu Pejabat DAP, Jalan Kilang,Melaka, bahawa perlaksanaan polisi satu bangsa, satu kebudayaan oleh pihak Kerajaan telah menjatuhkan kedudukan kebudayaan kaum lain.
Pada 17 Mac 1984, P.Patto (sudah meninggal dunia) selaku Timbalan Setiausaha Agung DAP pula telah menyatakan di Bagan Sungai Tiang, Perak bahawa Kerajaan mengamalkan polisi satu bangsa,satu bahasa dan agama yang tujuannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam .
Lim Guan Eng ( kini Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga ADR dan juga Setiausaha Agung DAP) , selaku Timbalan Pengerusi DAP Melaka juga mengaku mengeksploitasi isu ini semasa kempen pilihan raya tahun 1986. Dalam kenyataanya beliau berkata"mengenai isu satu bahasa satu kebudayaan, saya mengkritik tindakan Kerajaan BN mewujudkan satu bahasa satu kebudayaan sebagai "unconstitutional "dan Kerajaan BN nampaknya cuba memansuhkan kebudayaan golongan minoriti dan bahasa ibunda kaum yang lain".
Sim Tong Him,Setiausaha Organisasi DAP Melaka pula berkata dalam kenyataanya mengenai perkara yang sama bahawa dalam satu ceramah politik DAP Melaka di bandar Melaka pada pertengahan Jun 1986, beliau telah mendakwa ".........Dasar Kerajaan ini telah menyebabkan kaum Cina kehilangan tapak dalam politik,sosial dan ekonomi..."
DAP telah juga melibatkan dirinya dalam isu-isu yang berunsur agama seperti soal isu pembacaan ikrar di sekolah-sekolah di Melaka. Pembacaan ikrar tersebut,yang bertujuan untuk menanam sikap jujur,amanah,berakhlak mulia,perpaduan dan ketekunan dalam pelajaran, telah ditentang atas tuduhan kononnya murid-murid bukan Islam telah dipaksa meminta restu daripada Allah. Yau Jiok Hua@ yau Siok Hua, Pengerusi DAP Melaka misalnya,telah menyatakan di Dewan Amal Meng Seng,Jalan Taming Sari, Melaka pada 13 Ogos 1987,".......bahawa murid-murid yang bukan Islam dipaksa emminta restu daripada Allah".
Tuduhan ini sengaja diwujudkan untuk membangkitkan sentimen perkauman/keagamaan orang-orang bukan Islam,sebab ikrar tersebut tidak menyebut nama Allah.
Stop Press:Teks ikrar boleh didapati, e-mail kepada kepuas@hotmail.com

No comments: