Friday, April 11, 2008

OPERASI LALANG -27 Oktober 14 November 1987

Peranaan Pertubuhan-Pertubuhan Dan Persatuan-Persatuan Cina
Kelebihannya masyarakat Cina ialah mereka memiliki paling banyak sekali berpersatuan jika dibandingkan dengan lain-lain kaum di Malaysia . beberapa pertubuhan dan persatuan Cina telah turut terlibat dalam mengeksploitasi isu-isu yang berunsur perkauman. Pada 27 Mac 1983 sebanyak 15 pertubuhan Cina termasuk GPGSCM,PPLPSCM dan DPCS,telah mengeluarkan satu dokumen yang bertajuk "Joint Memorandum On National Culture" yang menyoal kedudukan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan Malaysia .
Selanjutnya pada 12 Oktober,1985 Pengisytiharan Bersama oleh 27 pertubuhan Cina Malaysia telah diumumkan dan diberi publisiti yang meluas dalam akhbar-akhbar Cina tempatan dan luar negara. Pengisytiharan ini di antara lain mendakwa bahawa orang-orang bukan Melayu telah tertindas dari segi politik,ekonomi dan kebudayaan,dan menyoal beberapa perkara yang dipersetujui sebelum Merdeka seperti soal bahasa.
GPGSCM,PPLPSCM dan DPCS juga terlibat secara aktif dalam isu penempatan guru-guru tanpa kelayakan Mandarin di SRJK (C) . Eksploitasi isu ini telah berkemuncak dengan berlangsungnya perhimpunan di Kuil Thean Hou,Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1987 yang dihadiri oleh 15 pertubuhan Cina dan 3 parti politik, iaitu MCA,DAP dan GERAKAN. Diperhimpunan tersebut,beberapa orang ahli daripada 3 parti politik itu,termasuk Lee Kim Sai , Timbalan Presiden MCA dan Lim Kit Siang, Setiausaha Agong DAP ,dengan lantang telah membuat tuntutan supaya isu sekolah Cina itu diselesaikan. Pehimpunan ini serta resolusi-resolusi yang diluluskan olehnya termasuk tindakan memulau kelas, telah meningkatkan sentimen perkauman di aklangan orang-orang Cina dan menimbulkan reaksi daripada pertubuhan-pertubuhan Melayu terutamanya UMNO .

No comments: