Wednesday, April 16, 2008

Pengalaman Semasa Pilihanraya Ke-3 1969

Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya-Bahagian 1
Saya sungguh bernasib baik kerana semasa pilihanraya 1964 saya baru berusia 11 tahun, semasa pilihanraya 1969 berusia 16 tahun dan mula sekali mengundi didalam pilihanraya 1974 dan terbaru ialah pada 8-3-2008 (ke-12) . Semua pilihanraya dari tahun 1974,1978,1982,1987,1990,1995,1999,2004 ,saya tidak melepaskan hak saya sebagai pengundi dan biasanya saya akan bangun awal dan pada jam 6.30 pagi saya telah berada di pintu masuk tempat saluran mengundi saya ,kerana mahu awal mengundi tetapi pada pilihanraya 2008 ini , saya agak malas sedikit; hati berkata-kata undi ke tak undi . Saya kontek kawan-kawan melalui mobile phone dan SMS bertanyakan mereka sudahkah pergi mengundi .Jawapanya semua sama, mereka malas keluar mengundi. Apa sudah jadi saya tanya diri saya sendiri ?
Rupa-rupanya begitulah "mood"pilihanraya 2008 . Akhirnya saya juga pergi mengundi pada jam 11.30 pagi dan selepas mengundi ,diluar dewan saya terserempak dengan seorang kuat parti dan juga selaku Ketua Kampung .Saya bertanya; "apa hal lambat mengundi, biasanya datang awal,"tanya saya .
"Banyak hal,"balasnya sambil mengiringi isteri kesaluran mengundi.
"Itu tanda tak'baik, alamat yang tak'baik,"balas saya dan terus berlalu pergi.
Seperkara yang menjadi 'treasure' dan amat berharga kepada saya ialah laporan keputusan-keputusan pilihan raya 1969 , mengapa saya simpan masih lagi menjadi tanda-tanya !
Pilihanraya yang diadakan semasa 38 tahun yang lepas ketika itu orang-orang dewasa ditempat saya selalu menyebut-yebut nama-nama seperti Haji Yusof Rawa , Mohd Asri bin Haji Muda, Dr.Mahathir Mohamad termasuklah juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj., Seenivasagam Sri Padhhmaraja .
Dalam usia 16 tahun itu apalah yang saya tahu sangat pasal politik , disebelah petangnya selepas sekolah saya akan berbasikal disekitar pekan dan melihat banyak bendera-bendera ,poster-poster berwarna biru iaitu gambar kapal layar dan bendera berwarna merah bertompok hitam ditengah-tengahnya-Parti Kemajuan Rakyat (PKR). Logonya saya tak ingat lagi tetapi ada persamaan dengan lambang PPP sekarang ini.
Parti Kemajuan Rakyat (PKR) iaitu Ramaih s/o Virappan seorang India yang kaya menentang calon Perikatan orang kuat MIC , hanya kalah tipis 146 undi sahaja. Kekalahan beliau pada malam selepas keputusan undi diperolehi (jam 3.00 pagi) , para pengikutnya telah berlarak dan mengadakan perhimpunan berhampiran dirumah beliau kerana mereka tidak puashati denagn keputusan yang diperolehi oleh PKR . Mereka setersnya berarak kerumah kediaman orang kuat MIC dan tercetus pergaduhan kecil, ada yang cedera dan agak lama juga pertengkaran dan pergaduhan itu dileraikan oleh pasukan keselamatan .
Apa yang saya suka sekali ialah dimana ceramah diadakan kedua-dua parti yang bertanding akan menyediakan pentas khas dan dibelakang penats itu ada dipasang kain putih besar"screen"untuk menayangkan filem-filem untuk tontonan orang ramai sebelum penceramah naik kepentas memberikan ceramah mereka . Filem yang ditayangkan yang masih lagi saya ingat ialah "Lone Ranger" dan lain-lain filem Inggeris yang bertemakan perang .
Untuk calon Perikatan , Malayan Filem Unit akan menayangkan filem dokumentari kemerdekaan dan yang masih saya ingat ialah "Dugaan Negara" dan apa yang menyampah ialah filem ini ketika diseparuh tayangan akan diberhentikan dan kami penonton mula bersorak ".....Boooooooooooooooooooo ." Pengacaranya akan berkata bahawa filem akan disambung selepas mendengar beberapa orang penceramah . Baik dipentas Perikatan ataupun PKR , penceramahnya terdiri dari pelbagai orang India, Melayu dan Cina . Mereka berselang -seli berceramah dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil .Begitulah setiap malam , hampir sebulan lamanya ceramah akan diadakan . Biasanya penceramah ini mengambil masa yang agak panjang ,sehingga sekarang saya sudah tidak ingat lagi apa yang dikatakan oleh mereka.
Ada seorang Pakcik Melayu telah memberikan saya sejumlah poster Perikatan dan satu tin gum dan brush untuk menampal poster . Beliau memberi wang sebanyak 50 sen (besar nilainya ketika itu) dan saya akan naik basikal dan mencari dinding-dinding rumah , tiang-tiang dan pokok-pokok untuk menampal poster yang diberikannya.
Itulah pertama kali saya menerima wang kerana menampal poster sambil mengikuti ceramah politik dan juga menonton tayangan gambar percuma dipentas Perikatan . Kalau begitu kata hati, saya mungkin akan dapat duit lagi kalau pergi tengok tayangan gambar dan ceramah PKR. Dipentas PKR saya merayau-rayau dan tiba-tiba kelihatan sekumpulan pemuda sebaya usia saya berkumpul disudut pentas sambil menerima beberapa helai poster daripada seorang lelaki India . Saya mengahmpiri mereka dan "Tambi mari sini , angkat ini poster kasi tampal dan saya kasi 50 sen ", kata lelaki India itu kepada saya. "Boleh la", balas saya .
Begitulah sehinggah saya mendapat wang saku selepas sekolah disepanjang pilihanraya ke-3 1969 sehingga tarikh mengundi pada 10-5-1969 .
Arwah bapa memberitahu saya ada alamat tak'baik bahawa kerajaan Perikatan kalah teruk dan pilihanraya di Kelantan , Sabah dan Sarawak digantung !

No comments: