Monday, April 14, 2008

OPERASI LALANG-27 Oktober 14 November 1987

"Conscientization " Melalui "Popular Theater"
Sekumpulan bekas pemimpin pelajar yang bergerak cergas dalam "Federation of United Kingdom/Eire Malaysia/ Singapore Student Organisation (FUEMSSO) " dan yang berpegang teguh dengan fahaman Marxist telap mempelopori bidang drama sebagai cara yang berkesan untuk mendapatkan sokongan bagi matlamat perjuangan mereka.
Chow chee Keong,seorang ahli seni drama yang telah terlibat dalam kegiatan ini,dalam kenyataannya telah menghuraikan bahawa "......Dengan menjalankan kerja-kerja "conscientization", saya berharap akan dapat mempengaruhi rakyat untuk membawa perubahan ke atas sistem politik sekarang kepada sistem sosialis".
Bagi mencapai matlamat mereka kumpulan Marxist ini telah menubuhkan Pentas Drama Kreatif Sdn.Bhd (PENTAS) pada tahun 1984 dan bergerak cergas dengan mengeksploitasi beberapa isu semasa seperti isu Papan** melalui pementasan drama. Mengenai isu Papan,Chow Chee Keong telah menerangkan bahawa ianya merupakan "....satu peluang di mana PENTAS dapat melaksanakan kerja-kerja "conscientization"selain dari memberikan sokongan kepada kempen Kumpulan Penolong Papan."
(** Isu yang telah timbul apabila sebilangan penduduk di sekitar Papan ,Bukit Merah ,Lahat Menglembu dan Taman Badrisah,Perak membantah kewujudan kilang Asia Rare Earth di Batu Empat Setengah ,Jalan Ipoh-Lahat yang didakwa kononnya mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh mengancam kesihatan penduduk-penduduk di sekitarnya.)
PENTAS telah juga menjalinkan hubungan dengan PETA dan menjemputnya mengadakan dua bengkel di Kuala Lumpur dalam bulan Disember 1984 dan Ogos 1985 bagi membimbing PENTAS. Turut menyertai bengkel itu ialah sebilangan ahli kumpulan-kumpulan pendesak termasuk INSAN, ALIRAN dan Selangor Graduates Society (SGC).
Dalam usaha untuk mengembangkan pengaruhnya PENTAS telah menganjurkan beberapa bengkel khusus untuk penuntut-penuntut sekolah bertempat di Sentul Convent,Kuala Lumpur pada tahun 1986 dan 1987. Dalam bengkel pada tahun 1987,PENTAS telah mengatur lawatan penuntut-penuntut berkenaan ke kawasan setinggan untuk mendedahkan mereka kepada keadaan kemiskinan dengan tujuan unutk membangkitkan kemarahan kepada sistem yang terdapat sekarang .

No comments: