Tuesday, April 29, 2008

Tuntutan Hindraf

HINDRAF satu pertubuhan haram terdiri daripada orang-orang India telah mengadakan tunjuk perasaan pada 25 November 2007 di Batu Caves Selangor dan juga di Jalan Ampang Kuala Lumpur . Mereka telah membuat beberapa tuntuan yang disediakan oleh P.Uthayakumar dan telah mengemukakan 18 perkara iaitu;
  1. menuntut agar dihentikan pelanggaran perkara yang termaktub dalam Perlembagaan;
  2. menuntut agar dihentikan polisi perkauman,ekstremisme Islam serta menarik balik hak keistimewaan orang Melayu di neagra ini sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara;
  3. meluluskan draf undang-undang yang akan melindungi etnik india;
  4. memastikan kesemua 523 sekolah vernakular Tamil di seluruh negara mendapat bantuan penuh Kerajaan ( peruntukan sebanyak RM 20 billion setahun);
  5. memberikan peluang yang seluas-luas atau setidak-tidaknya sama seperti yang diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pelajaran,ekonomi dan pekerjaan ( peruntukan sebanyak 20 billion setahun);
  6. memastikan etnik India memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada ekuiti negara;
  7. menuntut UMNO supaya tidak bertindak sebagai "Mandor" kepada MIC yang hampir tidak mempunyai suara dan kuasa di dalam Kerajaan;
  8. memperuntukkan 20 peratus jawatan Ketua Setiausaha di jabatan dan agensi Kerajaan diperuntukkan kepada orang India untuk 15 tahun yang akan datang;
  9. menuntut UMNO supaya lebih telus dalam setiap perancangan polisi pentadbiran,pembangunan dan ekonomi yang diicanangkan;
  10. menghentikan perobohan kuil-kuil Hindu dengan ganti rugi sebanyak Rm 10 juta bagi setiap 15,000 kuil yang telah dirobohkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan menuntut agar sebarang pertikian di antara muslim dan bukan muslim hanya dirujuk di Mahkamah Sivil;
  11. menghentikan tindakan berat sebelah polis terhadap etnik India, memperuntukkan bantuan guaman kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah;
  12. menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat peristiwa Kg.Medan yang dikatakan sebagai pembunuhan beramai-ramai etnik India oleh orang Melayu dan pihak Kerajaan serta menuntut ganti rugi sebanyak RM 1 juta diberikan kepada setiap etnik India yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut .
  13. 70 peratus etnik India yang msikin diberikan 'pampasan 'dan tempat tinggal selesa;
  14. skim rumah kos rendah adalah tidak boleh diterima sama sekali serta pendapatan gaji minimum sebanyak RM 1000 bagi setiap rakyat;
  15. menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pelanggaran peruntukan Perlembagaan oleh UMNO;
  16. meluluskan undang-undang bagi menghentikan penindasan etnik India di samping memastikan pentadbiran negara yang lebih telus;
  17. meluluskan undang-undang menuntut kebebasan media dan tidak mengenepikan isu-isu mengenai kaum India di dalam media; dan
  18. Peruntukan sebanyak 20 peratus kerusi pembangkang kepada etnik India yang dilantik oleh komuniti etnik bagi membela dan mempertahankan nasib kaum mereka.

20-11-2007

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.