Friday, April 11, 2008

OPERASI LALANG- 27 Oktober 14 November 1987

Koperasi Pengambilan Deposit
MCA telah menubuhkan Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM) diseluruh Malaysia bertujuan untuk mengumpul dana-dana kaum Cina yang berbillion-billion mungkin trillion ringgit yang disimpan didalam bank-bank yang kini sudah mulai dikuasi oleh Permodalam Nasional Berhad yang pula mengwujudkan Amanah Saham Nasional untuk mengumpul dana-dana orang Melayu/Bumiputra sebagai strategi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan-iaitu Dasar Ekonomi Melayu (DEB) yang dilancarkan oleh Tun Razak dan disempurnakan oleh Tun Hussein Onn dan Tun Dr.Mahathir Mohamad.
KSM diawal penubuhannya amat cantik dan berjalan lancar, tiba-tiba berlaku masalah dan ramai pendeposit hilang pelaburan mereka- majoritinya kaum Cina . Insiden KSM telah memberikan impak yang besar kepada pergerakan Kopersai di Malaysia hingga ke hari,orang ramai takut mengikuti dan menjadi ahli mana-mana Koperasi lagi .
Dalam kenyataanya HU Sepang, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, mendedahkan bahawa "..........DAP telah bermesyuarat dan berkeputusan bahawa satu jawatankuasa bertindak KPD ditubuhkan untuk mengeksploitasikan isu ini ". Tanpa menghiraukan kesannya terhadap perhubungan antara kaum dan kententeraman awam tokoh-tokoh DAP sengaja telah membuat tuduhan-tuduhan bahawa Kerajaan bersikap perkauman dalam pendekatannya mengatasi masalah KPD. Pada 27 Disember,1986 di Sungai Bakap, Nibong Tebal,Pulau Pinang misalnya, Lim Kit Siang telah mendakwa Kerajaan telah mengamalkan dasar diskriminasi kaum dalam menyelesaikan isu koperasi pengambilan deposit. Pada 9 Januari ,1987 di Taman Jementah, Johor, Lim Guan Eng telah mendakwa Kerajaan tidak bertindak membantu menyelesaikan masalah koperasi oleh sebab pelaburnya terdiri daripada orang-orang Cina.

No comments: