Friday, April 11, 2008

OPERASI LALANG- 27 Oktober 14 November 1987

Isu Mata Pelajaran Pilihan
Kegiatan DAP dalam meneksploitasikan isu mata pelajaran pilihan di Universiti Malaya telah menambahkan ketengangan dan polarisasi di antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu. pada 17 Ogos 1987 ahli-ahli DAP yang diketuai oleh V.David, timbalan Pengerusi DAP Selangor, Dr.Eng Seng Chai,Pengerusi DAP Selangor dan Lim Guan Eng telah mengadakan tunjuk perasaan haram di hadapan pintu masuk Universiti Malaya yang berkesudahan dengan pertengkaran dan caci mencaci antara mereka dan penuntut-penuntut Melayu Universiti itu. Kata-kata seperti "Cina balik Tongsan "dan "Melayu balik Indonesia", serta "Kalau awak berani keluarlah",telah dilaung-laungkan. Hanya kawalan yang rapi oleh pihak Polis serta pihak keselamatan Universiti telah dapat mencegah dari tercetusnya pergaduhan.
Sebagai reaksi kepada peristiwa 17 Ogos 1987 itu, siswa-siswa Melayu pula telah mengadakan perhimpunan di Kampus Universiti Malaya pada 20 Ogos 1987 tanpa kebenaran pihak Universiti, dan perhimpunan itu telah menegangkan lagi keadaan .
Tanpa menghiraukan keadaan yang sudah tegang itu, DAP pada 9 Oktober 1987 telah menganjurkan satu lagi perhimpunan haram dan mogok lapar di pintu masuk Universiti Malaya.Perhimpunan tersebut diketuai oleh Dr.Eng Seng Chai. Sebelas orang daripada pemogok lapar ini telah ditangkap apabila enggan bersurai .

No comments: