Saturday, April 12, 2008

OPERASI LALANG- 27 Oktober 14 November 1987

KEGIATAN MENGKRISTIANKAN ORANG-ORANG MELAYU DAN EKSPLOITASI ISU KRISTIANISASI
Kegiatan Mengkristiankan Orang-Orang Melayu
Pada umumnya gereja-gereja dan pendakwah Kristian di negara ini mengekalkan tradisi dan mematahui peruntukan undang-undang yang menegah usaha mengembang aga-agama lain di kalangan orang-orang Islam/Melayu . Namun demikian, satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai Neglected People's Workers (NPW) berpusat First Baptist Church,Jalan Pantai, Petaling Jaya, Selangor telah terlibat dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu dan telah berjaya mengkristiankan seramai 7 orang .
NPW telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah pimpinan Philip Cheong @ Cheong Ah Kow, seorang Penyelia Insuran dalam sebuah syarikat di Kuala Lumpur .
Bagi tujuan mengembangkan ajaran kristian dengan lebih berkesan di kalangan orang-orang Melayu, NPW telah mendapatkan perkhidmatan seorang pemuda Melayu bernama Jamaluddin Othman @ Yeshua Jamaluddin @ Joshua Ira Jamaludin bin Othman. Beliau berasal dari Muar, Johor dan telah mendapat pendidikan agama Kristian di Far Eastern Bibilical College, Singapore dengan memperolehi "Diploma in Theology "dalam tahun 1985.
Stop Press: Untuk salinan e-mail : kepuas@hotmail.com.
Untuk mengukuhkan keyakinan orang0orang Melayu yang telah dikristiankan, NPW sering menganjurkan pengajian "Bible"di rumah Hilmy Hj.Mohd .Nor,cara-cara halus untuk menghampiri orang Melayu Islam yang pernah disarankan oleh Philip Cheong termasuk duduk di lantai sewaktu beribadat seperti yang dilakukan oleh orang-orang Melayu ; menggunakan rehal untuk mengalas "Bible"seaktu membaca; dan menggunakan pakaian Melayu seperti songkok, baju Melayu dan kain pelekat ketika beribadat .
Rancangan jangka panjang NPW ialah membina sebuah gereja mengikut ciri-ciri senibina masjid.

No comments: