Tuesday, April 29, 2008

Datuk Harun Idris dalam ingatan saya,,,,11

Seminggu kemudian ada berita mengatakan bahawa Datuk Harun akan melawat ke kubu kuat beliau iaitu Perak . Oleh kerana beliau masih lagi dibawah pemerhatian sebagai syarat kebebasannya, perjumpaan secara tertutup itu diadakan disebuah rumah Datuk Haji Abu Bakar Shaari . Apabila saya sampai , orang ramai sudah memenuhi ruang rumah Datuk Haji Abu Bakar dan saya dapat meluluskan badan dan dapat duduk hampir dengan Datuk Harun dan kami bersalam .
Tuan rumah sedang memberi ucapan dan 15 kemudiannya beliau meminta Datuk Harun menyampaikan ucapan dan menceritakan pengalaman beliau di Pudu bersama-sama banduan dan sebagainya . Ada bebarpa pesanan beliau masih lagi saya ingat hingga ke hari ini .
Setelah selesai , pihak majlis meminta di kalangan kami untuk bertanya soalan dan yang paling hot ialah tentang krisis perlembagaan yang sedang berlaku ketika itu . Saya hanya bertanyakan adakah akan berlaku pertembungan kuasa eksekutif dan legislatif iaitu antara rakyat dan raja-raja . Datuk Harun memberikan jawapan kepada soalan saya dan sehingga kehari ini ,contohnya telah berlaku di Perlis, Perak dan Terengganu; seperti yang telah pernah saya soalkan ketika itu !
Berikut adalah senarai Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia- 1973/1974
YB Sdra Shoib Haji Ahmad ( Pengerusi Tetap)
YB Sdra Shariff Ahmad ( Timbalan Pengerusi)
  1. YAB Sdra .Dato' Haji Harun Haji Idris ( Ketua)
  2. YB Sdra .Datuk Musa Hitam ( Naib)
  3. YB Sdra. Datuk Senu Abdul Rahman (Setiausaha Agong)
  4. YM Sdra .Zakaria haji Yahya (Penolong Setiausaha)
  5. YB Sdra .Haji Suhaimi Datuk Haji Kamaruddin
  6. YB Sdra. kamarul Ariffin Mohd Yassin
  7. YB Sdra .Haji Ikhwan Nasir
  8. YB Sdra .Datuk Mohamed Rahmat
  9. YM Sdra .Hang Tuah Arshad
  10. YM Sdra. Dr.Haji Nik Hussein Abdul Rahman
  11. YM Sdra .Abdul Aziz Salehuddin
  12. YM Sdra. Tunku Zuri Tunku Zakaria
  13. YM Sdra .Man Harun
  14. YM Sdra. Saadun Muhammad Noh
  15. YM Sdra.Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir
  16. YM Sdra Khalid Ahmad Sulaiman
  17. YM Sdra.Idris Abdul Rauf
  18. YM Sdra.Abdullah Ismail
  19. YM Sdra.Nordin Abdul Hamid

Satu soalan-kemanakah mereka semuanya mereka ini ?

No comments: