Tuesday, April 15, 2008

OPERASI LALANG- 27 Oktober 14 November 1987

PENGLIBATAN AKHBAR
Akhbar memainkan peranaan yang sangat penting di dalam masyarakat dengan menyampaikan berita,memberi ulasan,menyiarkan penadpat pembaca mengenai perkara-perkara tertentu,dan sebagainya. Akhbar juga mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk pendapat awam atau "public opinion ". Pihak yang memiliki akhbar dan redaksinya boleh memainkan peranaan ini berbagai cara. Perkara-perkara yang dipilih untuk dimuatkan sebagai berita di dalam akhbar,penonjolan yang diberi kepada sesuatu berita,pendapat-pendapat pembaca yang dipilih untuk dimuatkan,dan rencana-rencana yang ditulis, semuanya boleh digunakan untuk mempengaruhi pembaca dan mendesak kerajaan .
Justeru itu,akhbar juga boleh terlibat dalam mewujudkan suasana dan keadaan yang menjejaskan keselamatan dan kententeraman awam. Dalam hubungan ini, akhbar-akhbar "The Star"dan "The Sunday Star", "Watan "dan "Sin Chew Jit Poh"begitu ghairah memuat dan menonjolkan berita-berita,pendapat-pendapat dan rencana-rencana yang menyemarakkan perasaan perkauman dan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin satu kaum atau pertubuhan dengan pemimpin-pemimpin kaum atau pertubuhan lain .
Kesemua akhbar-akhbar ini telah sengaja menonjolkan isu-isu sensitif termasuk isu pelajaran ,isu bahasa,isu agama,isu hak masing-masing kaum,dan sebagainya,untuk memajukan kepentingan politik pihak-pihak yang memiliki atau mengurus akhbar-akhbar tanpa menghiraukan kesanya keatas keharmonian kaum,kententeraman awam dan keselamatan negara.

1 comment:

Anonymous said...

SALAM..
boleh x En terangkan ape yg terjadi. mengenai "OPERASI LALANG"