Tuesday, April 29, 2008

Datuk Harun Idris dalam ingatan saya,,,,11

Seminggu kemudian ada berita mengatakan bahawa Datuk Harun akan melawat ke kubu kuat beliau iaitu Perak . Oleh kerana beliau masih lagi dibawah pemerhatian sebagai syarat kebebasannya, perjumpaan secara tertutup itu diadakan disebuah rumah Datuk Haji Abu Bakar Shaari . Apabila saya sampai , orang ramai sudah memenuhi ruang rumah Datuk Haji Abu Bakar dan saya dapat meluluskan badan dan dapat duduk hampir dengan Datuk Harun dan kami bersalam .
Tuan rumah sedang memberi ucapan dan 15 kemudiannya beliau meminta Datuk Harun menyampaikan ucapan dan menceritakan pengalaman beliau di Pudu bersama-sama banduan dan sebagainya . Ada bebarpa pesanan beliau masih lagi saya ingat hingga ke hari ini .
Setelah selesai , pihak majlis meminta di kalangan kami untuk bertanya soalan dan yang paling hot ialah tentang krisis perlembagaan yang sedang berlaku ketika itu . Saya hanya bertanyakan adakah akan berlaku pertembungan kuasa eksekutif dan legislatif iaitu antara rakyat dan raja-raja . Datuk Harun memberikan jawapan kepada soalan saya dan sehingga kehari ini ,contohnya telah berlaku di Perlis, Perak dan Terengganu; seperti yang telah pernah saya soalkan ketika itu !
Berikut adalah senarai Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia- 1973/1974
YB Sdra Shoib Haji Ahmad ( Pengerusi Tetap)
YB Sdra Shariff Ahmad ( Timbalan Pengerusi)
  1. YAB Sdra .Dato' Haji Harun Haji Idris ( Ketua)
  2. YB Sdra .Datuk Musa Hitam ( Naib)
  3. YB Sdra. Datuk Senu Abdul Rahman (Setiausaha Agong)
  4. YM Sdra .Zakaria haji Yahya (Penolong Setiausaha)
  5. YB Sdra .Haji Suhaimi Datuk Haji Kamaruddin
  6. YB Sdra. kamarul Ariffin Mohd Yassin
  7. YB Sdra .Haji Ikhwan Nasir
  8. YB Sdra .Datuk Mohamed Rahmat
  9. YM Sdra .Hang Tuah Arshad
  10. YM Sdra. Dr.Haji Nik Hussein Abdul Rahman
  11. YM Sdra .Abdul Aziz Salehuddin
  12. YM Sdra. Tunku Zuri Tunku Zakaria
  13. YM Sdra .Man Harun
  14. YM Sdra. Saadun Muhammad Noh
  15. YM Sdra.Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir
  16. YM Sdra Khalid Ahmad Sulaiman
  17. YM Sdra.Idris Abdul Rauf
  18. YM Sdra.Abdullah Ismail
  19. YM Sdra.Nordin Abdul Hamid

Satu soalan-kemanakah mereka semuanya mereka ini ?

Datuk Harun Idris dalam ingatan saya......

Dalam saya mencari bahan lama simpanan saya saya ada terjumpa beberapa keratan akhbar dan buku mengenai Datuk Harun Idris yang telah meninggal dunia pada 19-10-2003, ketika itu arwah berusia 78 tahun . Tidak ada siapa dikalangan orang Melayu dan lain-lain kaum di Malaysia yang tidak kenal Datuk Harun . Maklumat tentangnya mudah diperolihi dalam Internet tetapi sebagai tanda kenangan saya kepada perjuangan arwah dan juga sumbangannya yang meramaikan orang Melayu di Kuala Lumpur sehingga ke hari ini , saya banyak kali bertemu dengan arwah melalui pak saudara yang berkebetulan orang kuat Datuk Harun sebelum Datuk Harun dipenjarakan kerana masalah teknikal politik .
Apabila Datuk Harun dibebaskan daripada penjara Pudu , kawan saya Abdul Rahim Abd Rahman mengajak saya ke rumah Datuk Harun . Apabila kami sampai ke rumah Datuk Harun berkebetulan teksi yang dinaiki oleh beliau pun samapi diwaktu yang sama. Setelah membayar tambang dan mengambil begsnya , kami bertiga menuju kerumah beliau yang jaraknya 150 kaki daripada pintu masuk . Suasana ketika itu sunyi dan tiada sesiapa di rumah dan kami berdua duduk di porch mengadap ke kolam renang dan Datuk Harun masuk ke dalam rumah .
Tiada berapa lama beliau keluar membawa minuman sejuk dan berkata tiada sesiapa dirumah kerana mereka pergei ke Pudu untuk menjemput beliau balik , tetapi pihak penjara telah melepaskan beliau 1 jam lebih awal dan oleh kerana "malas" menunggu beliau menahan teksi untuk balik kerumah .
Sebaik sahaja keluarganya sampai, kami pun memohon diri untuk pulang dan berjanji akan berjumpa semula...

Tuntutan Hindraf

HINDRAF satu pertubuhan haram terdiri daripada orang-orang India telah mengadakan tunjuk perasaan pada 25 November 2007 di Batu Caves Selangor dan juga di Jalan Ampang Kuala Lumpur . Mereka telah membuat beberapa tuntuan yang disediakan oleh P.Uthayakumar dan telah mengemukakan 18 perkara iaitu;
  1. menuntut agar dihentikan pelanggaran perkara yang termaktub dalam Perlembagaan;
  2. menuntut agar dihentikan polisi perkauman,ekstremisme Islam serta menarik balik hak keistimewaan orang Melayu di neagra ini sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara;
  3. meluluskan draf undang-undang yang akan melindungi etnik india;
  4. memastikan kesemua 523 sekolah vernakular Tamil di seluruh negara mendapat bantuan penuh Kerajaan ( peruntukan sebanyak RM 20 billion setahun);
  5. memberikan peluang yang seluas-luas atau setidak-tidaknya sama seperti yang diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pelajaran,ekonomi dan pekerjaan ( peruntukan sebanyak 20 billion setahun);
  6. memastikan etnik India memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada ekuiti negara;
  7. menuntut UMNO supaya tidak bertindak sebagai "Mandor" kepada MIC yang hampir tidak mempunyai suara dan kuasa di dalam Kerajaan;
  8. memperuntukkan 20 peratus jawatan Ketua Setiausaha di jabatan dan agensi Kerajaan diperuntukkan kepada orang India untuk 15 tahun yang akan datang;
  9. menuntut UMNO supaya lebih telus dalam setiap perancangan polisi pentadbiran,pembangunan dan ekonomi yang diicanangkan;
  10. menghentikan perobohan kuil-kuil Hindu dengan ganti rugi sebanyak Rm 10 juta bagi setiap 15,000 kuil yang telah dirobohkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan menuntut agar sebarang pertikian di antara muslim dan bukan muslim hanya dirujuk di Mahkamah Sivil;
  11. menghentikan tindakan berat sebelah polis terhadap etnik India, memperuntukkan bantuan guaman kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah;
  12. menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat peristiwa Kg.Medan yang dikatakan sebagai pembunuhan beramai-ramai etnik India oleh orang Melayu dan pihak Kerajaan serta menuntut ganti rugi sebanyak RM 1 juta diberikan kepada setiap etnik India yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut .
  13. 70 peratus etnik India yang msikin diberikan 'pampasan 'dan tempat tinggal selesa;
  14. skim rumah kos rendah adalah tidak boleh diterima sama sekali serta pendapatan gaji minimum sebanyak RM 1000 bagi setiap rakyat;
  15. menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pelanggaran peruntukan Perlembagaan oleh UMNO;
  16. meluluskan undang-undang bagi menghentikan penindasan etnik India di samping memastikan pentadbiran negara yang lebih telus;
  17. meluluskan undang-undang menuntut kebebasan media dan tidak mengenepikan isu-isu mengenai kaum India di dalam media; dan
  18. Peruntukan sebanyak 20 peratus kerusi pembangkang kepada etnik India yang dilantik oleh komuniti etnik bagi membela dan mempertahankan nasib kaum mereka.

20-11-2007

Meniliti 83 tuntutan Suqiu

PILIHANRAYA 2008 ini telah memberikan kesempatan kepada saya untuk melihat kembali apa yang telah berlaku dalam tahun 2000, apabila 11 pertubuhan nasional Cina Malaysia seperti berikut;
  1. Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong)
  2. Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina malaysia ( Jian Zong)
  3. Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni sekolah Cina Malaysia
  4. Nanyang University Alumni Association of Malaysia
  5. Taiwan Graduates Almuni Association of Malaysia
  6. Dewan Perhimpunan Cina Selangor
  7. Federation of Guangdong Association of Malaysia
  8. Federation of Guangxi Association of Malaysia
  9. Federation of Sanjiang association of Malaysia
  10. Federation of Fuzhou association of Malaysia
  11. Huazi research Centre

Setakat 16 Ogos 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 1,848 pertubuhan Cina di Malaysia .

Pada tahun 2000,dua lagi pertubuhan Cina telah menyertai Jawatankuasa Suqiu selain daripada 11 persatuan di atas , dua persatuan ini ialah:Dewan Perhimpunan Cina Negeri SembilanFederation of Hokkien Association of MalaysiaSebelum Pilihan Raya 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 2,000 buah pertubuhan Cina di Malaysia.Kesemua pertubuhan diatas telah mengemukakan 83 tuntutan melalui Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) seperti berikut;

Mukadimah

Pilihan yang akan datang akan memilih kerajaan dan wakil rakyat yang akan memimpin negara ini ke alaf abru. empat puluh dua tahun selepas mencapai kemerdekaan , negara kita telah berkembang maju dalam semua sektor hasil daripada usaha dan sumbangan rkyat semua kaum, dengan sepenuhnya menunjukkan dinamika sebuah negara yang berbilang kaum . Walau bagaimana pun ,beberapa dasar kerajaan yang tertentu,terutamanya yang berkaitan denagn kesamaan bangsa,demokrasi, hak asasi manusia,autonomi kehakiman dan sebagainya perlu diperbaiki .Krisi ekonomi pada dua tahun yang lepas dan wabak virus nipah merupakan dua bencana terbaharu yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbang semula masa hadapan negara kita secara serius.Kerajaan seharusnyamengadakan satu rancangan pembangunan yang sepadu untuk industri kecil dan sederhana dan Perkampungan Baru Cina yang telah ditubuhkan lebih daripada lima puluh tahun dahulu. Apabila kerajaan sedang giat menjalankan pelbagai projek mega, kita masih menghadapi kekurangan dana,bilik darjah dan guru di sekolah-sekolah . Kami juga perlu menaruh perhatian pada sektor yang mundur yang terdapat di kalangan Orang-Orang asli, perkerja estet,penduduk bandar dan petani miskin.Di samping itu kami amat mengambil berat tentang isu amalan rasuah,penyimpangan kerajaan dalam pentadbiran awam,kebertanggungjawab dan kelutsinaran kerajaan yang telah menimbulkan banyak perbincangan di kalangan orang awam. Demi cinta kami terhadap negara,serta perhatian kami terhadap masa hadapan bangsa kita ,kami meminta semua calon dan parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan datang menyokong dan melaksanakan rayuan kami. Kami juga menggesa semua pengundi negara kita berusaha merealisasikan rayuan ini .

Mengimbau Kembali Tulisan Zabha-Ahmad Nur Abdul Shukor Dalam Kenangan

Zainal Abidin bin Haji Alias
http://malaynasionalis.blohspot.com/ adalah seorang nasionalis dan juga jurnalis . Saya ada menyimpan sebuah buku tentang pengalaman beliau sebagai wartawan Utusan Melayu ; Tempat Jatoh Lagi Di-kenang" oleh Ghazali Ismail yang diterbitkan dalam tahun ???? .

Dalam tahun 1986, Zabha menjadi penulis kolum Utasan Melayu (Jawi)-Secebis Kenangan dan saya ada menyimpan beberapa keratan tulisan kolumn beliau antaranya ialah Wartawan Berita Perak: Ahmad Nur Abdul Shukor dalam Kenangan yang diterbitkan oleh Utusan Melayu 12 Jun 1986;
(Petikan dari tulisan Jawi ke Rumi)-
Haji Ahmad Nur Abdul Shukor,81, yang meninggal dunia dirumahnya di Jalan Lapangan Terbang Ipoh,minggu lalu adalah diantara beberapa orang wartawan-wartawan Melayu di negeri Perak yang terkemuka di zaman sebelum Perang Dunia yang Kedua dulu.

Haji Ahmad Nur Abdul Shukor bukan sahaja terkenal sebagai salah seorang daripada pengasas tetapi juga sebagai Pengarang kepada sebuah akhbar Melayu dibandar Ipoh bernama "Warta Kinta" yang diterbitkan seminggu sekali pada setiap Jumaat.Penerbit dan Pengarang pertamanya ialah Raja Mansur bin Raja Abdul Kadir sementara Pengurusnya ialah Haji Yang Hamzah .

Dalam keluaran sulongnya pada 24 Disember 1939,,beberapa orang wartawan yang terkemuka dizaman itu telah ikut membuat sumbangan sebagai mengalu-alukan kelahiran akhbar mingguan " Warta Kinta" tersebut.

Diantara mereka itu ialah Ahmad Nur Abdul Shukor yang menyumbang satu rencana bertajuk "Jurnalistik Melayu di Perak ", Ahmad Ismail Pengarang dan tuan punya majalah "al-Hikmat" Kota baharu Kelantan dengan rencananya bertajuk "Semangat Kewartawanan" manakala Mohd Yunus Abdul Hamid Pulau Pinang dengan tajuk "Selamat Kehadiran Warta Kinta " dan Tuan Haji Anjar Asmara serta isterinya Surtina Asmara yang ketika itu berada di Ipoh telah menulis juga bertajuk "Surat Menyurat".

Sebenarnya tidak banyak orang yang mengetahui bahawa negeri Perak juga ikut memberi sumbangan dalam bidang pertumbuhan dan kemajuan kewartawanan Melayu. Bukan sahaja dalam abad kedua puloh ini malahan dalam abad yang kesembilan belas juga.

"Seri Perak"

Sekurang-kurangnya tiga buah akhbar mingguan telah diterbitkan di taiping,yang ketika itu menjadi ibu negeri bagi negeri Perak dalam abad yang kesembilan belas. Dulu akhbar-akhbar tersebut ialah mingguan "Seri Perak ", "Jajahan Melayu "dan bulanan yang dipanggil "Warta Kerajaan Perak ".

"Seri Perak " misalnya mula diterbitkan dalam bulan Jun 1893. Kalaulah akhbar itu masih hidup seperti akhbar kebangsaan Utusan Melayu yang ada sekarang ini,maka umurnya akan menjadi satu abad dalam masa beberapa tahun lagi.

"Seri Perak "adalah sebuah akhbar mingguan yang diterbitkan di Taiping, yang ketika itu menjadi ibu negeri Perak .Saya sudah mendengar akan ujudnya akhbar itu sewaktu saya kanak-kanak dibangku sekolah lagi bahkan orang-orang tua saya pernah menyebut-yebut nama suratkhabar tersebut tujuh puloh tahun yang silam. Tiga tahun kemudia, iaitu pada tahun 1896,terbit lagi satu akhbar mingguan bernama "jajahan melayu "dibandar Taiping juga dikeluarkan pada tiap-tiap Khamis. akhbar tersebut dipimpin oleh Mohamad Omar bin Hai Abu Bakar ,seorang wartawan Melayu yang terkemuka di negeri Perak waktu itu .
Rencana Pengarangnya mengandungi banyak gurindam dan kiasan. Berikut ini saya petik rencana Pengarang mingguan " Jajahan Melayu " keluaran 7 haribulan Januari tahun 1877-
" Adapun bahasa itu suatu perkataan yang sukar dicari dan tiada dapat dibeli hingga jauhari yang bahari sekalipun mengeluh hendak melayakan harganya sedang sifatnya lagi lemah lepasan geliga penwar si min yang mendengarnya. Wahai benar sungguh gurindam yang sedikit itu sehingga terbuka nafsu kebatinan didirikan beberapa syarat yang membangunkan berahi baharuan mempelajari bahasa ialah sebutir manikam yang menerangi hukum alam".
Pada tahun yang sama, iaitu tahun 1896,kerajaan Perak menerbitkan sebuah akhbar bulanannya juga dipanggil "Warta Kerajaan Perak ". Akhbar itu juga diterbitkan di taiping dan dijual diseluruh Semenanjung Tanah Melayu .
Berita-berita yang disiarkan tidak terbatas pada kejadian-kejadian yang berlaku di negeri Perak sahaja bahkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dinegeri-negeri lain juga diikut memenuhi halaman suratkhabar itu .

Bercita-cita Tinggi

Sementara itu di batu gajah, bebarapa orang yang berjiwa kewartawanan telah giat berusaha untuk menerbitkan sebuah suratkhabar sendiri. Akhirnya mereka berjaya menerbitkan sebuah mingguan yang diberi anma " Jambatan Berita " pada tahun 1901.

Wartawa-wartawan di Batu Bajah ini adalah satu gulongan yang bercita-cita tinggi. Mereka mengharapkan suratkhabarnya bukan sahaja dapat dibaca oleh orang-orang Melayu Semenanjung tetapi juga oleh penduduk-penduduk Indonesia dan Seri Langka ( dulunya Ceylon).

Selain daripada itu pada tahun 1923, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah menerbitkan majallahnya yang dikeluarkan tiga sekali setahun. Majjalah ini adalah untuk menjadi bahan bacaan seluroh orang-orang Melayu dan bukan merupakan sebuah majjalah sekolah.Biasanya majjalah sekolah cuma diterbitkan setahun sekali iaitu pada penghujung tahun. majjalah Kolej Kuala Kangsar ini diberi nama "Sain".

Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim juga tidak mahu ketinggalan untuk menerbitkan akhbarnya sendiri. Ia diterbitkan pada tiap-tiap penggal persekolahan iaitu dua kali setahun . Majjalah ini diberi nama "Cenderahati " melahirkan diri buat pertama kali pada tahun 1923.

Semangat kewartawanan rupa-rupanya tidak terbatas pada maktab-maktab di negeri Perak sahaja bahkan sekolah-sekolah agama juga ikut memberi perhatian kepada usaha menerbitkan majjalah . Madarsah al -Idrisiah Kuala Kangsar menerbitkan sebuah majjalah bernama "Panduan "dipimpin oleh Mohamad Nur Pahim sebagai Pengarangnya. Bilangan pertamanya terbit pada bulan November 1934.

Begitulah ringkasnya usaha kekegiatan Haji Ahmad Nur Abdul Shukor wartawan veteran Melayu yang terkemuka di zamannya dan juga riwayat sumbangan negeri Perak kepada bidang pertumbuhan dan kemajuan kewartawanan Melayu dalam abad yang lalu. Semoga Allah cucuri Rahmat keatasnya- Amin .

Thursday, April 17, 2008

Pengalaman Semasa Pilihanraya ke-3 1969


Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya Bahagian 4

Keputusan yang pertama diterima oleh Suruhanjaya Pilihanraya ialah pada pukul 11.25 malam pada 10hb Mei 1969 daripada DUN Cameron Highland dan keputusan yang terakhir ialah pada pukul 1.oo tengahari pada 11hb Mei 1969 daripada Parlimen Kuala Terengganu Utara. Walau bagaimanapun ,keputusan penuh disiarkan pada pukul 5.00 petang pada 11hb Mei 1969. Keputusan sebelum Parlimen digantung;

1.Perikatan 66 kerusi

2.United Sabah National Organisation (USNO) 10 kerusi

3.Parti Tindakan Demokratik (PTD) 13 kerusi

4.Parti Islam Sa-Malaya (PAS) 12 kerusi

5.Parti gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 8 kerusi

6.Parti Kemajuan Rakyat (PKR) 4

Jumlah bilangan kerusi Parlimen 104


Perbandingan untuk keputusan Pilihanraya 2008 ialah;

1.Barisan Nasional 140 kerusi
2.Parti Keadilan rakyat (PKR) 31 kerusi
3.Democratic Action Parti (DAP) 28 kerusi/ Tahun 1969 hanya 13 kerusi
4.Parti Islam Sa-Malaya (PAS) 23 kerusi /Tahun 1969 hanya 12 kerusi

Jumlah bilangan kerusi Parlimen 222


Perkara yang menarik perhatian akibat daripada pilihanraya ini (1969) ialah bertambahnya bilangan pembangkang dengan pilihanraya 1964. Walaupun parti pembangkang telah mendapat beberapa kerusi, parti Perikatan masih lagi berkuasa di Parlimen. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GRM) telah mengawal DUN Pulau Pinang,dan Parti Islam Sa-Malaya (PAS) telah mengawal semula DUN Kelantan. Perikatan menguasi dilain-lain negeri .13 calon hilang deposit di Parlimen gagal emndapat 1/8 jumlah undi sah,dan seramai 69 DUN.


Berikutan dengan meletusnya kekacauan pada 13hb Mei 1969 dan pengistiharan darurat di seluruh Malaysia, pada 15hb Mei 1969 semua pilihanraya yang belum lagi diselesai telah digantung.


Wednesday, April 16, 2008

Pengalaman Semasa Pilihanraya ke-3 1969

Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya Bahagian 3
Dipetik daripada Penyata Suruhanjaya Pilehanraya -Penyata 1969 Tahun 1972 m.s.12
33. Pada penghujong tahun 1968 telah dilaporkan iaitu sabuah parti siasah hendak memulaukan pilehanraya umum ini. Bagaimana diketahui parti itu telah tidak menamakan chalonnya disebarang bahagian pilehanraya dan sabaleknya pula telah berkempen merayu orang ramai supaya jangan menggunakan hak2 mengundi mereka.
34. Adapun memberi ulasan mengenai aktiviti2 dan dasar2 parti siasah itu terkeluar dari lengkongan kuasa Suruhajaya Pilehanraya,namum demikian,pehak Suruhanjaya merasa tidak menjadi salah memberi gambaran sechara 'am tentang chara2 kempen yang telah dijalankan sebelum hari mengundi.Suasana aman dan tenteram yang ternyata semasa pilihanraya umum tahun 1964 dan juga dipilehanraya2 yang lain yang dijalankan di-negeri ini pada masa yang lalu telah tidak ternampak semasa kempen tahun 1969.Perbincangan politik yang utama yang telah diserukan oleh sebilangan Parti Siasaha yang tertentu adalah menyetoh perkara2 perkauman yang sensitif yang menyinggong perasaan rakyat. Peristiwa sejarah 13 Mei telah mengakibatkan pengistiharan Ordinan Dharurat (Kuasa2 Perlu) Tahun 1969, pada 15 Mei ,1969 oleh Yang di-Pertuan Agong yang telah menggantongkan Parlimen dan Dewan2 Undangan Negeri dan menubuhkan Majlis Gerakan Negara. Peristiwa ini telah diberi persebaran yang luas dan satu Kertas Putih mengenai perkara itu telah dibentangkan oleh Kerajaan.
35. Semenjak itu satu pindaan telah dibuat kepada Akta Asutan ,1948 yang antara lain2 perkara adalah menjadi kesalahan bagi sesiapapun menyoal perkara2 mengenai hak2,taraf,kedudokan,keistimewaan dan kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau yang diperlindongi oleh peruntukan Bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152,153 atau Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan ini menyebut perkara2 kerayataan,bahasa kebangsaan,hak2 orang Melayu dan kedaulatan Raja2.
36. Selain daripada itu satu pindaan telah juga diperbuat kepada Akta Kesalahan2 Pilehanraya ,1954 dengan mana,sesiapa yang dihukum kerana kesalahan dibawah Sekshen Kecil (1) dan Sekshen 4 Akta Hasutan,1948 ia tidak sehingga tamat 5 tahun dari tarikh hukuman itu,boleh dipileh disebarang pilehanraya ,dan sekiranya pada tarikh hukuman itu ia telah dipileh disebarang pilehanraya,maka kerusinya itu adalah dikosongkan mulai daripada tarikh itu

Pengalaman Semasa Pilihanraya Ke-3 1969

Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya-Bahagian 2
Pengistiharan darurat dan berkuatkuasanya Ordinan Dharurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.1 Tahun 1969 pada 15-5-1969 telah menggantungkan semua pilihanraya dimana-mana kawasan di Malaysia yang belum selesai pada masa itu .
Lain-lain perkataan,perintah No.1 itu telah menghilangkan kuasa rakyat dan kerajaan sebelumnya yang ditadbir semasa British dan juga Kerajaan sebelum pilihanraya 1969 .
Sebenarnya,"metamorphosis" politik Malaysia bermula pada 10-5-1969 -iaitu rakyat sudah mahu menetukan distinasi politik Malaysia sesuatu yang berlandaskan kekuatan "plural society"atau majmuk- MALAYSIAN MALAYSIAN yang dipelopori oleh Parti Tindakan Demokratik atau DAP** . Iaitu , Malaysia mestilah diperintah oleh lebih daripada satu bangsa . Maka itulah intisarinya,apabila peluang untuk merealisasikan impian mesti terbuka luas apabila Parlimen terdiri daripada 144 bilangan kerusi, dimana 104 nya di Semenanjung, 10 dari Sabah dan 24 daripada Sarawak (kedua-duanya pertama kali mengundi selepas menyertai Malaysia pada 16-7-1963).
Jumlah pemilihnya mengikut daftar pemilik penyemakan tahun 1968 dan disahkan opada 27-3-1965 , Malaysia memiliki 3,843,782 pemilih berdaftar dimana pecahanya seperti berikut;
  1. Semenanjung 3,302,184
  2. Sabah 208,861
  3. Sarawak 322,737

(** Lim Kit Siang mula bertanding di dalam pilihanraya 1969 di kawasan Parlimen Bandar Malacca dengan mendapat 18,562 undi untuk mengalahkan calon Perikatan Kok Kim Leng yang mendapat 7,346 undi. Majoriti DAP ialah 11,216).

Penamaan calon pilihanraya 1969 ialah pada 5-4-1969 , kecuali Kelantan pada 12-4-1969. Hari mengundi ialah pada 10-5-1969 , di Sabah pada 10-5-1969 hingga 25-5-1969 dan Sarawak pada 10-4-1969 hingga 7 6-1969.

Jumlah calon-calo yang bertanding adalah seperti berikut;

  1. 354 orang calon untuk kerusi Parlimen
  2. 902 orang calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri
  3. 13 orang calon untuk kerusi Parlimen ditolak
  4. 18 orang calon untuk kerusi dwan Undangan Negeri ditolak

104 bilangan kerusi Parlimen diSemenanjung, 16 di sabah dan 24 Sarawak telah dipertanding oleh 322 calon, 35 daripadanya calon bebas dan 287 daripada 12 buah parti ;

  1. Perikatan (PER) 118
  2. Parti Islam Sa-Malaya (PAS) 62
  3. Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PR) 6
  4. Parti Kemajuan Rakyat (PKR) 6
  5. Parti Tindakan Demokratik (PTD) 24
  6. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GRM) 14
  7. United Malaysian Chinese Organisation (UMCO) 3
  8. Sarawak National Party (SNAP) 23
  9. Sarawak United People's Party(SUPP) 19
  10. Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) 15
  11. Sabah Chinese Association (SCA) 3
  12. United Sabah National Organisation (USNO) 13

Dipertandingankan 282 bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri di Semenanjung, 48 di Council negeri Sarawak.Sejumlah 898 calon bertanding diantaranya 105 calon bebas dan 793 calon dari 10 parti politik;

  1. Perikatan (PER) 315
  2. Parti Islam sa-Malaya (PAS) 185
  3. Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PR) 38
  4. Parti kemajuan Rakyat (PKR) 16
  5. Parti Tindakan Demokratik (PTD) 57
  6. Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( GRM) 38
  7. United Malaysia Chinese Organisation (UMNCO) 12
  8. Sarawak National Party (SNAP) 46
  9. Sarawak United People's Party (SUPP) 40
  10. Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) 35

Semasa hari penamaan calon , 20 kerusi Parlimen dimenangi tanpa bertanding terdiri daripada 9 calon Perikatan dan 11 calon United Sabah National Organisation (USNO) . 11 calon dewan Undangan Negeri menang tidak bertanding dan dimenangi oleh Perikatan .

Pengalaman Semasa Pilihanraya Ke-3 1969

Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya-Bahagian 1
Saya sungguh bernasib baik kerana semasa pilihanraya 1964 saya baru berusia 11 tahun, semasa pilihanraya 1969 berusia 16 tahun dan mula sekali mengundi didalam pilihanraya 1974 dan terbaru ialah pada 8-3-2008 (ke-12) . Semua pilihanraya dari tahun 1974,1978,1982,1987,1990,1995,1999,2004 ,saya tidak melepaskan hak saya sebagai pengundi dan biasanya saya akan bangun awal dan pada jam 6.30 pagi saya telah berada di pintu masuk tempat saluran mengundi saya ,kerana mahu awal mengundi tetapi pada pilihanraya 2008 ini , saya agak malas sedikit; hati berkata-kata undi ke tak undi . Saya kontek kawan-kawan melalui mobile phone dan SMS bertanyakan mereka sudahkah pergi mengundi .Jawapanya semua sama, mereka malas keluar mengundi. Apa sudah jadi saya tanya diri saya sendiri ?
Rupa-rupanya begitulah "mood"pilihanraya 2008 . Akhirnya saya juga pergi mengundi pada jam 11.30 pagi dan selepas mengundi ,diluar dewan saya terserempak dengan seorang kuat parti dan juga selaku Ketua Kampung .Saya bertanya; "apa hal lambat mengundi, biasanya datang awal,"tanya saya .
"Banyak hal,"balasnya sambil mengiringi isteri kesaluran mengundi.
"Itu tanda tak'baik, alamat yang tak'baik,"balas saya dan terus berlalu pergi.
Seperkara yang menjadi 'treasure' dan amat berharga kepada saya ialah laporan keputusan-keputusan pilihan raya 1969 , mengapa saya simpan masih lagi menjadi tanda-tanya !
Pilihanraya yang diadakan semasa 38 tahun yang lepas ketika itu orang-orang dewasa ditempat saya selalu menyebut-yebut nama-nama seperti Haji Yusof Rawa , Mohd Asri bin Haji Muda, Dr.Mahathir Mohamad termasuklah juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj., Seenivasagam Sri Padhhmaraja .
Dalam usia 16 tahun itu apalah yang saya tahu sangat pasal politik , disebelah petangnya selepas sekolah saya akan berbasikal disekitar pekan dan melihat banyak bendera-bendera ,poster-poster berwarna biru iaitu gambar kapal layar dan bendera berwarna merah bertompok hitam ditengah-tengahnya-Parti Kemajuan Rakyat (PKR). Logonya saya tak ingat lagi tetapi ada persamaan dengan lambang PPP sekarang ini.
Parti Kemajuan Rakyat (PKR) iaitu Ramaih s/o Virappan seorang India yang kaya menentang calon Perikatan orang kuat MIC , hanya kalah tipis 146 undi sahaja. Kekalahan beliau pada malam selepas keputusan undi diperolehi (jam 3.00 pagi) , para pengikutnya telah berlarak dan mengadakan perhimpunan berhampiran dirumah beliau kerana mereka tidak puashati denagn keputusan yang diperolehi oleh PKR . Mereka setersnya berarak kerumah kediaman orang kuat MIC dan tercetus pergaduhan kecil, ada yang cedera dan agak lama juga pertengkaran dan pergaduhan itu dileraikan oleh pasukan keselamatan .
Apa yang saya suka sekali ialah dimana ceramah diadakan kedua-dua parti yang bertanding akan menyediakan pentas khas dan dibelakang penats itu ada dipasang kain putih besar"screen"untuk menayangkan filem-filem untuk tontonan orang ramai sebelum penceramah naik kepentas memberikan ceramah mereka . Filem yang ditayangkan yang masih lagi saya ingat ialah "Lone Ranger" dan lain-lain filem Inggeris yang bertemakan perang .
Untuk calon Perikatan , Malayan Filem Unit akan menayangkan filem dokumentari kemerdekaan dan yang masih saya ingat ialah "Dugaan Negara" dan apa yang menyampah ialah filem ini ketika diseparuh tayangan akan diberhentikan dan kami penonton mula bersorak ".....Boooooooooooooooooooo ." Pengacaranya akan berkata bahawa filem akan disambung selepas mendengar beberapa orang penceramah . Baik dipentas Perikatan ataupun PKR , penceramahnya terdiri dari pelbagai orang India, Melayu dan Cina . Mereka berselang -seli berceramah dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil .Begitulah setiap malam , hampir sebulan lamanya ceramah akan diadakan . Biasanya penceramah ini mengambil masa yang agak panjang ,sehingga sekarang saya sudah tidak ingat lagi apa yang dikatakan oleh mereka.
Ada seorang Pakcik Melayu telah memberikan saya sejumlah poster Perikatan dan satu tin gum dan brush untuk menampal poster . Beliau memberi wang sebanyak 50 sen (besar nilainya ketika itu) dan saya akan naik basikal dan mencari dinding-dinding rumah , tiang-tiang dan pokok-pokok untuk menampal poster yang diberikannya.
Itulah pertama kali saya menerima wang kerana menampal poster sambil mengikuti ceramah politik dan juga menonton tayangan gambar percuma dipentas Perikatan . Kalau begitu kata hati, saya mungkin akan dapat duit lagi kalau pergi tengok tayangan gambar dan ceramah PKR. Dipentas PKR saya merayau-rayau dan tiba-tiba kelihatan sekumpulan pemuda sebaya usia saya berkumpul disudut pentas sambil menerima beberapa helai poster daripada seorang lelaki India . Saya mengahmpiri mereka dan "Tambi mari sini , angkat ini poster kasi tampal dan saya kasi 50 sen ", kata lelaki India itu kepada saya. "Boleh la", balas saya .
Begitulah sehinggah saya mendapat wang saku selepas sekolah disepanjang pilihanraya ke-3 1969 sehingga tarikh mengundi pada 10-5-1969 .
Arwah bapa memberitahu saya ada alamat tak'baik bahawa kerajaan Perikatan kalah teruk dan pilihanraya di Kelantan , Sabah dan Sarawak digantung !

Tuesday, April 15, 2008

PERGADUHAN KAUM SEJAK TAHUN 1945 HINGGA 1969

SENARAI PERGADUHAN-PERGADUHAN PERKAUMAN MELIBATKAN ORANG-ORANG MELAYU DENGAN CINA SEJAK 1945 HINGGA 1969
(Sumber Kementerian Dalam Negeri-KDN 14 Mac,1988)
Saya terpanggil untuk mencatitkan maklumat ini kerana Pilihan Raya ke 12 2008 , ada persamaannya dengan Pilihan Raya 10 Mei 1969 dan rekod kedua-dau pilihan raya ini ada persamaannya .
Rekod berdarah politik Malaysia bermula pada;
  1. Pada 1 Ogos 1945 -Pergaduhan Melayu dengan Cina Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) di Parit Jawa, Muar,Johor.
  2. Pada 21 Ogos 1945- Pergaduhan antara Kumpulan Kiyai Salleh Abdul Karim dengan orang-orang Cina/MPAJ di Ayer Hitam, Johor .
  3. Pada Mei-Ogos 1945- Pergaduhan antara Melayu dengan Cina/MPAJA di Batu Pahat,Johor.
  4. Pada 15 Ogos-15 September 1945-Pergaduhan orang Melayu dengan Cina/MPAJA di Sungai Manik,Perak.Menyebabkan orang-orang Cina melarikan diri ke Teluk Intan,Perak .
  5. Pada 27 September 1945-Pergaduhan Cina dengan Melayu di Alor Gajah,Melaka.
  6. Pada 28 September 1945-Pergaduhan Cina dengan Melayu di Senggarang,Johor.
  7. Pada 6 November 1945- Pergaduhan Cina/Melayu di Padang Lebar,Negeri Sembilan,35 orang Cina terbunuh.
  8. Pada Disember 1945- Pergaduhan Cina/Melayu di Ayer Tawar,Layang-Layang Kiri, Bruas dan Lambor Kanan-Kesemuanya di Perak. Telah mengorbankan lebih seratus nyawa orang Melayu dan Cina.
  9. Pada Februari 1946- Pergaduhan di Raub ,pahang.30 orang Cina dan 2 orang Melayu terbunuh.
  10. Pada Februari/Mac 1947-Pergaduhan di Bekau, Kuala Kangsar.Seramai 70 orang Melayu terbunuh.
  11. Pada 29 Disember 1948- 2 orang Cina terbunuh di Bruas,Perak yang berpunca dari penculikan 2 budak Melayu pada 20 disember 1948. Berikutnya pada 30 disember 1948,sekumpulan 20 orang Cina yang bersenjata telah menyerang dan membakar beberapa buah rumah kepunyaan orang Melayu di Kg.Ampang,Beruas,Perak. Seorang lagi Melayu telah ditembak mati oleh penyerang-penyerang tersebut manakala sebilangan yang lain telah cedera.
  12. Pada 24 Ogos 1950-Beberapa orang Cina telah terbunuh di Relau, Kedah. Ini adalah berikutan dengan pembunuhan seorang Ahli Majlis Kerja negeri Kedah berbangsa Melayu .
  13. Pada 21/22 November 1950- 7 orang Cina terbunuh serta 40 buah rumah kepunyaan cina dibakar di Bukit Selambu,Kedah berikutan pembunuhan seorang Polis Konstable Tambahan Melayu .
  14. Pada 27 Januari 1951- beberapa orang Cina dibunuh dan beberapa buah rumah mereka di Kg.Tanjung Setoi,Bukit Janun,Kedah turut dibakar. Berikutan daripada kejadian ini,dua orang Melayu dijatuhkan hukuman gantung di samping beberapa orang Melayu lagi menjalani hukuman penjara.
  15. Pada 19 Februari 1952- 4 orang Cina dewasa dan 3 lagi kanak-kanak Cina terbunuh dalam satu kejadian di mahang,Kulim,Kedah.Rumah-rumah mereka turut dibakar.
  16. Pada 29 Februari 1952- 6 orang Cina telah terbunuh dalam satu pergaduhan di Relau, Kedah disamping 7 buah rumah kepunyaan Cina turut dibakar. pembunuhan ini berpunca dari pembunuhan seorang anggota Polis Khas berbangsa Melayu.
  17. Pada 2 Januari 1957- semasa perarakan sempena perayaan penganugerahan status Bandara Georgetown satu pergaduhan telah tercetus antara orang-orang Cina dan Melayu berikutan dengan wujudnya salah faham antara kaum Cina dan Melayu mengenai perarakan tersebut. Antara 2 hingga 8 januari 1957, seramai 4 orang terbunuh dan 48 orang tercedera.
  18. Pada 1 Mei 1959- Pergaduhan yang melibatkan sekumpulan orang Melayu bertempur di Mesjid Pulau Pangkor dengan 60 orang Cina. Kedua-dua pihak membawa senjata. Ianya berpunca dari satu perkelahian antara seorang Cina dengan seorang Pemuda Melayu. Seorang Melayu telah terbunuh dan 5 lagi tercedera. Sementara di pihak Cina , seorang terbunuh dan dua tercedera.Sebuah kongsi Cina dan 4 buah rumah Cina turut dibakar.Perintah berkurung dikenakan sebagai langkah pencegahan.
  19. Pada 11 Julai 1964-Satu pergaduhan yang melibatkan 30 orang Melayu dan cina tercetus di Bukit Mertajam yang berpunca daripada satu perkelahian kecil di pasar antara seorang pekerja berbangsa Melayu dan seorang penjual sayur berbangsa Cina. Dalam kejadian ini,seorang Melayu dan seorang Cina telah terbunuh dan beberapa orang tercedera. Perintah bekurung dikenakan selama 10 hari.
  20. Pada 24 November 1967- Pergaduhan Melayu/Cina di Pulau Pinang berikutan isu penurunan nilai ringgit. Beberapa orang telah terbunuh dan tercedera. Beberapa buah rumah dan kenderaan turut dibakar.Pergaduhan ini telah merebak ke Bukit Mertajam,Perak Utara dan Kedah.
  21. Pada 24 April 1969- Ketegangan kaum telah wujud apabila seorang pekerja UMNO telah dibunuh di Pulau Pinang oleh anasir-anasir subversif.Pergaduhan kaum hampir-hampir tercetus.
  22. Pada 13 Mei 1969- Pergaduhan kaum Cina/Melayu yang paling serius bermula di Kuala Lumpur.bahangnya terasa di seluruh Semenanjung. Berpunca daripada kempen-kempen politik berbau perkauman dan eksplotasi komunis.Perintah berkurung telah dikuatkuasakan. seramai 248 orang Melayu, Cina,India dan lain-lain telah terbunuh dalam peristiwa ini .

OPERASI LALANG- 27 Oktober 14 November 1987

PENGLIBATAN AKHBAR
Akhbar memainkan peranaan yang sangat penting di dalam masyarakat dengan menyampaikan berita,memberi ulasan,menyiarkan penadpat pembaca mengenai perkara-perkara tertentu,dan sebagainya. Akhbar juga mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk pendapat awam atau "public opinion ". Pihak yang memiliki akhbar dan redaksinya boleh memainkan peranaan ini berbagai cara. Perkara-perkara yang dipilih untuk dimuatkan sebagai berita di dalam akhbar,penonjolan yang diberi kepada sesuatu berita,pendapat-pendapat pembaca yang dipilih untuk dimuatkan,dan rencana-rencana yang ditulis, semuanya boleh digunakan untuk mempengaruhi pembaca dan mendesak kerajaan .
Justeru itu,akhbar juga boleh terlibat dalam mewujudkan suasana dan keadaan yang menjejaskan keselamatan dan kententeraman awam. Dalam hubungan ini, akhbar-akhbar "The Star"dan "The Sunday Star", "Watan "dan "Sin Chew Jit Poh"begitu ghairah memuat dan menonjolkan berita-berita,pendapat-pendapat dan rencana-rencana yang menyemarakkan perasaan perkauman dan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin satu kaum atau pertubuhan dengan pemimpin-pemimpin kaum atau pertubuhan lain .
Kesemua akhbar-akhbar ini telah sengaja menonjolkan isu-isu sensitif termasuk isu pelajaran ,isu bahasa,isu agama,isu hak masing-masing kaum,dan sebagainya,untuk memajukan kepentingan politik pihak-pihak yang memiliki atau mengurus akhbar-akhbar tanpa menghiraukan kesanya keatas keharmonian kaum,kententeraman awam dan keselamatan negara.

OPERASI LALANG -27 Oktober 14 November 1987

PENGELIBATAN BERTERUSAN PARTI KOMUNIS MALAYA
Selaras dengan strategi dan tujuannya, Parti Komunis Malaya (PKM) telah terus menangguk di air yang keruh dan mengeksploitasi segala isu-isu yang timbul kebelakangan ini demi memajukan objektifnya untuk merampas kuasa dan menubuhkan sebuah negara komunis. PKM telah mengaturkan propaganda dan dakyah yang halus untuk masing-masing kaum Cina, Melayu dan India, dengan mengeksploitasi segala ketidakpuasan yang dianggap dialami oleh kaum yang berkenaan .
Di samping kegiatan-kegiatan untuk mengeksploitasi segala isu-isu yang wujud, PKM telah juga berusaha menggerakkan semula kegiatan militan di kalangan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Melayu .
Dalam hubungan ini, Setiausaha Agong PKM Chin Peng telah mengadakan pertemuan sulit dengan dua orang pelajar Melayu radikal, Hishamuddin Rais dan Mohd.Yunus bin Lebai Ali di Beijing pada bulan Januari 1980. Dalam kenyataannya Mohd.Yunus mendedahkan: ".......Chin Peng mencadangkan agar Hishamuddin Rais dan saya menubuhkan Kumpulan Bersenjata Melayu jika perlu atau sesuai yang bebas dari PKM, tetapi pada peringkat awalnya PKM akan memberi latihan kepada kumpulan bersenjata dan juga bantuan lojistik sehinggalah ianya boleh berdirikari...."
Hishamuddin Rais dan Mohd.Yunus bin Lebai Ali selanjutnya telah mengadakan satu lagi pertemuan dengan Chin Peng di Beijing pada bulan Julai/Ogos 1981. Berikutan dengan pertemuan itu, kedua-dua mereka telah berusaha menggerakkan pelajar-pelajar selaras dengan strategi PKM. Hasil usaha mereka mula kelihatan mulai bulan Mac,1984 bilamana beberapa forum,seminar,pertunjukan kebudayaan dan pameran bagi memperingati ulang tahun ke 10 pergerakan militan pelajar Malaysia diadakan.**
(** Hishamuddi Rais cuba ditangkap dalam Operasi Pinang tetapi berjaya bolos dan lari ke London)
Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk menghidup semula semangat militan pelajar-pelajar dengan cara memperingati peristiwa-peristiwa Tasik Utara,Johor,Telok Gong,Selangor dan Baling (juaranya Anwar Ibrahim),Kedah yang semuanya belaku dalam tahun 1974. Pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan tokoh-tokoh politik pembangkang telah turut sama merayakan peristiwa tersebut yang diadakan juga pada penghujung tahun 1984,awal tahun 1985 dan pertengahan 1987 .
Daalam pada itu Mohd.Yunus bin Lebai Ali telah menyatakan bahawa beliau telah menerima wang daripada Chin Peng untuk melanjutkan pelajaranya di London . Beliau menganggap peranaannya di London ialah menguasi pemimpin-pemimpin pelajar Melayu dan kemudiannya mewujudkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan FUEMSSO . Beliau beranggapan sedemikian selepas bertemu dengan Chin Peng dan kemudiannya dengan Tan Wah Piow,seorang Marxist di London,dalam bulan Julai 1980. Tan Wah Piow mencadangkan supaya beliau bertanding jawatan Majlis Perwakilan Pelajar United Kingdom (MPP-UK). Tujuan memegang jawatan tersebut adalah untuk menyatukan pergerakan-pergerakan pelajar United Kingdom di bawah pengaruh FUEMSSO dan seterusnya menyeami fahaman komunis di kalangan pelajar-pelajar sebelum mereka kembali ke Malaysia .

OPERERASI LALANG - 27 Oktober 14 November 1987

Penggunaan "Liberation Theology "
Adalah juga terdapat kumpulan yang berfahaman Marxist di kalangan gereja yang menjalankan kegiatan-kegiatannya mengikut konsep "Liberation Theology"** yang diamalkan oleh golongan Marxist. Kumpulan ini telah menyusup ke dalam beberapa badan Kristian seperti Catholic Welfare Services, (CWS), Young Christian Movement (YCM),Catholic Student Society (CSC) dan Council Of Churches od Malaysia (CCM) melalui program "Urban Rural Mission"(URM).
(** "Liberation Theology"yang diamalkan oleh golongan Marxist adalah satu pendekatan yang menekankan bahawa ajaran Katholik mengandungi ajaran bahawa pembebasan manusia hanya boleh dicapai melalui perjuangan kelas dan kekerasan boleh digunakan jika tidak ada jalan lain.)
Objektif utama URM seperti yang diterangkan oleh Theresa Lim Chin Chin,seorang pekerja sosial gereja,ialah:-
".....untuk menganjurkan dan "conscientize"rakyat jelata iaitu pekerja estet dan kilang serta setinggan-setinggan dengan tujuan untuk membentuk satu pergerakan rakyat jelata yang meluas yang mampu untuk menentang secara radikal struktur masyarakat,termasuk perbezaan kelas yang wujud dalam masyarakat,sistem politik,sosio-ekonomi,dasar Kerajaan dan sebagainya. "
Dalam tahun 1984 beberapa pekerja sosial yang berfahaman Marxist di dalam CCM-URM yang diketuai oleh Sebil John s/o P.C. Josset telah menubuhkan Peralihan Sdn.Bhd. (PSB) untuk menjalankan kegiatan bagi ,emyibarkan fahaman Marxist di kalangan pekerja-pekerja kilang dan ladang khususnya melalui sessi-sessi pengajian. PSB dibayai sepenuhnya oleh Christian Conference of Asia-Urban Rural Mission (CCA-URM). Sivamoorthys/o Solai,seorang ahli kesatuan sekerja dan ahli PSB mendedahkan:-
".....pada tahun 1987,saya menghadiri sessi pengajian Marxist yang dianjurkan oleh Sebil John. Pengajian yang pertama pada akhir bulan April 1987 di mana risalah kehidupan Marx telah disebarkan. Pengajian kedua diadakan pada Mei 1987 di mana Sebil John memberi syarahan mengenai sejarah Malaysia dan telah menggunakan idea-idea Lenin, Trotsky dan Marx untuk menerangkan hubungan teori-teori ini dengan sejarah komunisme di Malaysia . Pengajian ketiga diadakan pada Julai 1987 di mana Sebil John memberikan syarahan mengenai kegiatan dan pergerakan buruh. Di sini Sebil John telah mengutuk kerajaan kerana menyebabkan masalah buruh tidak dapat diselesaikan. Sebil John juga menualahkan golongan kapitalis yang terus menerus menindaskan pekerja dan menyebabkan keadaan pekerja semakin buruk . Seminar seterusnya diadakan selama seminggu di awal Oktober 1987 di mana Sebil John membincangkan teori Marx, Lenin, Trotsky dan Mao Zedong."
Golongan Marxist ini telah juga menyusupi sebuah lagi pertubuhan Kristian iaitu "National Office Of Human Development "(NOHD) . Mereka telah memperalatkan "Lentern Campaign"** yang dijalankan setiap tahun oleh NOHD untuk mempengaruhi penganut-penganut agama Kristian melalui proses "conscientization."
(** satu acara tahunan yang dijalankan oleh gereja-gereja Katholik selama 40 hari bermula dari "Ash Wednesday"hingga ke pagi pada Hari Easter bagi tujuan menebus dosa ( penance) ).
Theresa Lim Chin Chin telah mendedahkan:-
"....Dalam "Lentern Campaign "saya cuba mencapai matlamat berikut: membentuk atau menubuhkan secara perlahan-perlahan satu persatuan Kristian yang berani dan lantang mengkritik kerajaan mengenai isu-isu yang melibatkan ketidakadilan dan yang melibatkan masyarakat.Kumpulan ini akan menjadi kumpulan pendesak yang mampu mewujudkan perubahan dan juga menyemaikan fahaman "Liberation Theology "kepada penganut-penganut Kristian. "
Golongan tersebut telah juga menyebarkan risalah berunsur keagamaan yang di antara lain memuatkan "Lord's Prayers" yang bertajuk "Reflections". Melalui "Reflections" ini isu kemiskinan dan penderitaan diputarbelitkan semata-mata untuk mencapai matlamat perjuangan golongan Marxist dalam NOHD. Brother Anthony Rogers s/o Balavandram ,Penolong Pengarah NOHD menyatakan bahawa "ungkapan yang digunakan dalam "Reflections" ini adalah sesuai untuk mengapi-apikan semangat rakyat untuk mencetuskan keresahan sosial."
Brother Anthony Rogers juga menyatakan golongan beliau telah mempergunakan persidangan serantau anjuran "Federation Of Asian Bishop Conference"(FABC) berhubung dengan "Non-Formal Educat and Total Human Development"untuk menyemai fahaman Marxist di aklangan peserta-peserta persidangan itu .Persidangan tersebut telah diadakan di cameron Highlands dalam bulan November 1982 dan dijadiri oleh paderi-paderi dan pekerja-pekerja gereja dari 11 buah negara Asia serta beberapa orang aktivis Marxist. Brother Anthony Rogers menambah bahawa Archbisop Legaspi dari Filipina berasa sangat kecewa setelah membaca laporan seminar tersebut dan telah mempersoalkan mengapa analisa Marxist digunakan di dalamnya .
Beberapa orang ahli golongan Marxist ini telah juga pergi ke Filipna untuk memperlajari selok-belok tindakan mogok dan tunjuk perasaan yang didalangi oleh anasir-anasir pro-komunis di negara tersebut .

Monday, April 14, 2008

OPERASI LALANG-27 Oktober 14 November 1987

"Conscientization " Melalui "Popular Theater"
Sekumpulan bekas pemimpin pelajar yang bergerak cergas dalam "Federation of United Kingdom/Eire Malaysia/ Singapore Student Organisation (FUEMSSO) " dan yang berpegang teguh dengan fahaman Marxist telap mempelopori bidang drama sebagai cara yang berkesan untuk mendapatkan sokongan bagi matlamat perjuangan mereka.
Chow chee Keong,seorang ahli seni drama yang telah terlibat dalam kegiatan ini,dalam kenyataannya telah menghuraikan bahawa "......Dengan menjalankan kerja-kerja "conscientization", saya berharap akan dapat mempengaruhi rakyat untuk membawa perubahan ke atas sistem politik sekarang kepada sistem sosialis".
Bagi mencapai matlamat mereka kumpulan Marxist ini telah menubuhkan Pentas Drama Kreatif Sdn.Bhd (PENTAS) pada tahun 1984 dan bergerak cergas dengan mengeksploitasi beberapa isu semasa seperti isu Papan** melalui pementasan drama. Mengenai isu Papan,Chow Chee Keong telah menerangkan bahawa ianya merupakan "....satu peluang di mana PENTAS dapat melaksanakan kerja-kerja "conscientization"selain dari memberikan sokongan kepada kempen Kumpulan Penolong Papan."
(** Isu yang telah timbul apabila sebilangan penduduk di sekitar Papan ,Bukit Merah ,Lahat Menglembu dan Taman Badrisah,Perak membantah kewujudan kilang Asia Rare Earth di Batu Empat Setengah ,Jalan Ipoh-Lahat yang didakwa kononnya mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh mengancam kesihatan penduduk-penduduk di sekitarnya.)
PENTAS telah juga menjalinkan hubungan dengan PETA dan menjemputnya mengadakan dua bengkel di Kuala Lumpur dalam bulan Disember 1984 dan Ogos 1985 bagi membimbing PENTAS. Turut menyertai bengkel itu ialah sebilangan ahli kumpulan-kumpulan pendesak termasuk INSAN, ALIRAN dan Selangor Graduates Society (SGC).
Dalam usaha untuk mengembangkan pengaruhnya PENTAS telah menganjurkan beberapa bengkel khusus untuk penuntut-penuntut sekolah bertempat di Sentul Convent,Kuala Lumpur pada tahun 1986 dan 1987. Dalam bengkel pada tahun 1987,PENTAS telah mengatur lawatan penuntut-penuntut berkenaan ke kawasan setinggan untuk mendedahkan mereka kepada keadaan kemiskinan dengan tujuan unutk membangkitkan kemarahan kepada sistem yang terdapat sekarang .

Saturday, April 12, 2008

OPERASI LALANG - 27 Oktober 14 November 1987

KEGIATAN KUMPULAN MARXIST
Kemunculan Kumpulan Marxist
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah muncul kumpulan Marxist yang bertujuan untuk merungkai struktur sosial dan pilitik negara dan menubuh sistem komunis. Kumpulan ini dipelopori oleh beberapa individu yang menghayati fahaman Marxist ketikamenuntut di beberapa buah universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan universiti tempatan .
Kumpulan tersebut mempunyai perhubungan dengan pertubuhan luar negeri yang merupakan "front"komunis antarabangsa. Mereka menerima latihan di Filipina menerusi "Philippines Educational Theatre Asociation"(PETA) dan "Kilusang Mayo Uno "(KMU) atau "May First Movement"yang mana kedua-duanya adalah pertubuhan pro-komunis.
Kumpulan ini telah menjalankan kerja "conscientization "di kalangan masyarakat . Proses "conscientization"adalah bertujuan menyedarkan rakyat kononnya kemiskinan,penderitaan dan ketidakupayaan mereka adalah berpunca dari penindasan oleh sistem yang wujud sekarang . mengikut kumpula ini, rakyat hendaklah berjuang menukarkan sistem sosial yang ada dan seterusnya mewujudkan satu sistem bersifat kesamarataan ( egalitarian). Dalam hal ini, dakwaan masalah-masalah seperti kemiskinan, penindasan, ketidakadilan, kepincangan jentera kerajaan dan ketidaksungguhan pemerintah menyelesaikan masalah-masalah sering dimainkan semata-mata untuk menghakiskan kepercayaan rakyat kepada sistem yang wujud sekarang. Semua ini adalah selaras denagn strategi Barisan Bersatu Komunis (BBK) **
(** "Barisan Bersatu Komunis"adalah satu strategi komunis mendapatkan sekutu sementara waktu ( temporary alliance) dengan sebarang kumpulan atau orang-orang perseorangan yang bukan komunis dan berkerjasama dalam memperjuangkan satu-satu isu yang menjadi kepentingan bersama. Tujuannya ialah untuk menrik perhatian atau minat kumpulan atau seseorang itu agar menerima kepimpinan politik komunis serta corak dakyahnya.)
Beberapa individu dalam kumpulan Marxist ini,di antaranya Dr.Mohd.Nasir Hashim, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Chee Heng Leng, seorang pensyarah di Universiti Pertanian malaysia, telah di ketahui menggunakan kaedah-kaedah Marxist untuk mempengaruhi rakyat jelata,khususnyakaum buruh. sehubungan dengan ini Dr.Nasir telah mengakui bahawa hasratnya bergiat demikian ialah untuk "mewujudkan sebuah Kerajaan dictatorship of the proletariat" adalah satu kerajaan transisi sebelum pemerintahan Komunis sepenuhnya .

OPERASI LALANG - 27 Oktober 14 November 1987

KEGIATAN MEMPERALATKAN AGAMA ISLAM
Golongan-golongan ajaran sesat Islam telah terus dikesan dalam beebrapa tahun kebelakangan ini . Di antara golongan-golongan ini ialah golongan ajaran Ahmadiah atau Tarikat Zikirullah atau ajaran Hassan Anak Harimau. Ajaran ini telah diasaskan oleh Hassan Yaacub@ Hassan Anak Harimau@ Tok Ayah Hassan dan jumlah pengikutnya lebih kurang 300 orang . Antara lain,Hassan Yaacob telah mendakwa kononnya jasad dan rohnya bersebati dengan Nur Ilahi,dan bahawa dirinya diresapi oleh Roh Nabi Muhammad s.a.w. dan telah sampai waktunya beliau menjadi Imam Mahadi .
Satu lagi kumpulan ajaran sesat yang telah dikesan ialah kumpulan yang dipimpim oleh Muhamad Yusof Abdul Karim @ Salleh Abd.Karim @ Salleh Kulop Karim. Kumpulan ini telah diasaskan pada bulan Januari 1987 oleh Muhamad Yusof Abdul Karim . Pusat kegiatanya ialah di FELDA Trolak Selatan, Slim River,Perak. Jumlah pengikutnya dianggarkan seramai 40 orang. Antara lain, kumpulan ini mendirikan sembahyang Aidil Fitri dan Adil Adha secara berasingan dari umat Islam tempatan yang lain .
Selain daripada kumpulan-kumpulan di atas, sebuah pertubuhan sulit yang dikenali sebagai kumpulan "Jundullah"atau "Tentera Allah"telah ditubuhkan oleh sebilanganahli PAS pada 29 Ogos 1987 di Pantai Cinta Berahi,Kelantan. Penubuhannya didorong antara lain oleh keadaan ketegangan kaum yang wujud ketika itu. Menurut Che Kamaruzaman Che Ismail, Naib Pengerusi "Jundullah",penubuhannya adalah untuk mengwujudkan pemerintahan Islam di Malaysia melalui tindakan militan dan menjadi benteng kepada orang-orang Islam sekiranya berlaku rusuhan kaum .
Pertubuhan ini mempunyai seramai lebih kurang 150 orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli serta penyokong PAS . Ianya tidak direstui oleh pihak PAS Negeri dan Pusat tetapi pihak PAS tidak pula menghalang penubuhannya .
Rancangan pertubuhan ini ialah untuk memberi latihan keagamaan dan ketenteraan kepada anggota-anggotanya,termasuk menghantar mereka menjalani latihan bersama dengan pihak Gerila Pembebasan Islam di Selatan Thailand serta mendapat bekalan senjata api .

OPERASI LALANG- 27 Oktober 14 November 1987

Eksploitasi Isu Krisrianisasi
Kegiatan NPW ini diketahui dan dieksploitasi oleh Salleh Omar, seorang penganggur yang berasal dari Kedah, dengan membesar-besarkan kejayaan mengkristiankan orang-orang Melayu melalui ceramah-ceramahnya di beberapa buah masjid , sekolah dan jabatan kerajaan .Kamaluddin hj.Tahir, seorang penjaja yang berasal dari Kampung Damansara Dalam, Kuala Lumpur, yang mengakui kononnya pernah menajdi paderi, juga mengeksploitasi isu ini dengan menghebohkan kejayaa-kejayaan yang kononya telah dicapai dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu .
Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua mereka yang tersebut di atas telah dipercayai oleh beberapa golongan orang Melayu dan telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam. Kegelisahan ini telah dipergunakan oleh beberapa tokoh PAS untuk kepentingan politik mereka. Pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal, Johor, Khalid Abdul Samad, Setiausaha Pemuda PAS telah membuat kenyataan "......seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000....." . Pada 1 September 1987, akhbar The New Straits Times telah menyiarkan kenyataan Haji Yusof Rawa, Yang DiPertua Agong PAS, yang mendakwa 66,000 orang Melayu telah meninggalkan Islam .
Pada pertengahan tahun 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristianisasi yang telah melancarkan kempen penerangan seperti seminar-seminar,rapat-rapat umum,dan penyebaran risalah-risalah berkaitan denagn isu Kristianisasi tersebut . Ibi disusuli dengan satu "Perhimpunan menentang Kristianisasi"yang telah diadakan di Sitiawan, Perak pada 29 Ogos 1987 . Semasa perhimpunan itu Mohamaed Sabu, seorang tokoh Pemuda PAS, mendakwa bahawa seramai 10,000 orang Melayu telah diKristiankan .
Berhubung dengan perhimpunan tersebut DAP telah membuat laporan Polis membantah kain pemidang yang di rentang di Pekan Sitiawan berbunyi "Ceramah Dan Perhimpunan menentang Kristianisasi" sebagai boleh menimbulkan penghinaan terhadap keagamaan pihak yang membaca kain pemidang tersebut .
Kegiatan NPW,dan aktiviti-aktiviti golongan tertentu mengeksploitasikan isu kristianisasi, telah menimbulkan perasaan curiga di antara golongan-golongan Melayu dan Kristian .

OPERASI LALANG- 27 Oktober 14 November 1987

KEGIATAN MENGKRISTIANKAN ORANG-ORANG MELAYU DAN EKSPLOITASI ISU KRISTIANISASI
Kegiatan Mengkristiankan Orang-Orang Melayu
Pada umumnya gereja-gereja dan pendakwah Kristian di negara ini mengekalkan tradisi dan mematahui peruntukan undang-undang yang menegah usaha mengembang aga-agama lain di kalangan orang-orang Islam/Melayu . Namun demikian, satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai Neglected People's Workers (NPW) berpusat First Baptist Church,Jalan Pantai, Petaling Jaya, Selangor telah terlibat dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu dan telah berjaya mengkristiankan seramai 7 orang .
NPW telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah pimpinan Philip Cheong @ Cheong Ah Kow, seorang Penyelia Insuran dalam sebuah syarikat di Kuala Lumpur .
Bagi tujuan mengembangkan ajaran kristian dengan lebih berkesan di kalangan orang-orang Melayu, NPW telah mendapatkan perkhidmatan seorang pemuda Melayu bernama Jamaluddin Othman @ Yeshua Jamaluddin @ Joshua Ira Jamaludin bin Othman. Beliau berasal dari Muar, Johor dan telah mendapat pendidikan agama Kristian di Far Eastern Bibilical College, Singapore dengan memperolehi "Diploma in Theology "dalam tahun 1985.
Stop Press: Untuk salinan e-mail : kepuas@hotmail.com.
Untuk mengukuhkan keyakinan orang0orang Melayu yang telah dikristiankan, NPW sering menganjurkan pengajian "Bible"di rumah Hilmy Hj.Mohd .Nor,cara-cara halus untuk menghampiri orang Melayu Islam yang pernah disarankan oleh Philip Cheong termasuk duduk di lantai sewaktu beribadat seperti yang dilakukan oleh orang-orang Melayu ; menggunakan rehal untuk mengalas "Bible"seaktu membaca; dan menggunakan pakaian Melayu seperti songkok, baju Melayu dan kain pelekat ketika beribadat .
Rancangan jangka panjang NPW ialah membina sebuah gereja mengikut ciri-ciri senibina masjid.

Friday, April 11, 2008

OPERASI LALANG - 27 Oktober 14 Novenber 1987

Reaksi Orang Melayu
Orang-orang Melayu rasa tidak tenteram dan mulai membincangkan isu-isu yang ditentang dan dibangkitkan oleh orang Cina terhadap Kerajaan . Beberapa pertubuhan Melayu, terutamanya Pemuda UMNO telah bertindakbalas berikutan dengan perkembangan-perkembangan diatas.
Pemuda UMNO telah menganggap resolusi Konvensyen MCA Selangor pada 2 November 1986 sebagai satu penafian terhadap hak dan keistimewaan orang-orang Melayu. Resolusi tersebut berbunyi "Based on historical facts, Malaysia's three major races are orginated from other countries. Therefore,none of them should brand the other as immigrants and claim themselves as natives ". Seterusnya Pemuda UMNO telah mengadakan satu demonstrasi pada 11 November 1986 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur dimana ia telah mendesak supaya Lee Kim Sai, Timbalan Presiden MCA,dipecat daripada Kabinet dan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional dikaji semula .
Sebagi membidas desakan Pemuda UMNO itu, Pemuda MCA pula telah menghantar sepucuk telegram kepada Perdana Menteri Tun.Dr.Mahathir Mohmad yang menyifatkan desakan Pemuda UMNO itu sebagai "luar batasan dan keterlaluan", telegram itu seterusnya menyatakan "Pemuda UMNO merupakan satu pergerakan yang kurang ajar.....
Agitasi parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan Cina mengenai berbagai isu dalam tahun 1987,termasuk isu KPD dan penempatan guru-guru tanpa kelulusan Mandarin di SRJK (C) telah terus menarik perhatian Pemuda UMNO. Perhimpunan di Kuil Thean Hou, Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1987 terutamanya telah menimbulkan reaksi yang hangat di kalangan Pemuda UMNO. Dalam kenyataannya Fahami Ibrahim , Ketua Pemuda YMNO Selangor juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata "............Bahawa rata-rata Pemuda UMNO begitu kesal dengan sikap Lee Kim Sao dan masyarakat Cina yang begitu berani membangkitkan soal-soal yang boleh menyakitkan hari orang-orang Melayu. Paling dikesali apabila sanggup duduk semeja dengan Lim Kit Siang yang selama ini musuh politik Kerajaan......"Sebagai reaksi kepada perhimpunan di Kuil pada 11 Oktober,1987 itu, Pemuda UMNO telah menganjurkan perhimpunan raksaksa orang-orang Melayu di Stadium TPCA Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur pada 17 Oktober,1987. Perhimpunan ini turut serta disertai oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain termasuk Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) seta siswa-siswa Melayu dari Universiti tempatan . Dalam perhimpunan ini ungkapan-ungkapan yang keras telah dipamerkan ,di antaranya:
- "LUCUTKAN KERAKYATAN PENENTANG DYMM RAJA-RAJA MELAYU"
- "ANWAR JANGAN RAKUT DENGAN CINA"
- "13 MEI KINI BERMULA "
-"BASAH IA ( KERIS) "DENGAN DARAH CINA"
Kesemua perkembangan-perkembangan di atas telah membawa kepada suatu keadaan yang genting. Ini jelas apabila peristiwa Prebet Adam* . pada gari esoknya, iaitu 18 Oktober 1987, menimbulkan perasaan cemas di kalangan rakyat di seluruh negara walaupun peristiwa terpencil tersebut tidak kena-mengena langsung dengan masalah perkauman.
(* Peristiwa pada malam 18 Oktober 1987 di kawasan Chow Kit /Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur, di mana seorang anggota tentera iaitu Prebet Adam Jaafar yang sedang menghadapi tekanan jiwa telah menggunakan senajta M16 melepaskan beebrapa timbakan yang mengakibatkan soenag Melayu mati dan seorang Cina dan seorang lagi Melayu mendapat luka parah.)

OPERASI LALANG -27 Oktober 14 November 1987

Peranaan Pertubuhan-Pertubuhan Dan Persatuan-Persatuan Cina
Kelebihannya masyarakat Cina ialah mereka memiliki paling banyak sekali berpersatuan jika dibandingkan dengan lain-lain kaum di Malaysia . beberapa pertubuhan dan persatuan Cina telah turut terlibat dalam mengeksploitasi isu-isu yang berunsur perkauman. Pada 27 Mac 1983 sebanyak 15 pertubuhan Cina termasuk GPGSCM,PPLPSCM dan DPCS,telah mengeluarkan satu dokumen yang bertajuk "Joint Memorandum On National Culture" yang menyoal kedudukan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan Malaysia .
Selanjutnya pada 12 Oktober,1985 Pengisytiharan Bersama oleh 27 pertubuhan Cina Malaysia telah diumumkan dan diberi publisiti yang meluas dalam akhbar-akhbar Cina tempatan dan luar negara. Pengisytiharan ini di antara lain mendakwa bahawa orang-orang bukan Melayu telah tertindas dari segi politik,ekonomi dan kebudayaan,dan menyoal beberapa perkara yang dipersetujui sebelum Merdeka seperti soal bahasa.
GPGSCM,PPLPSCM dan DPCS juga terlibat secara aktif dalam isu penempatan guru-guru tanpa kelayakan Mandarin di SRJK (C) . Eksploitasi isu ini telah berkemuncak dengan berlangsungnya perhimpunan di Kuil Thean Hou,Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1987 yang dihadiri oleh 15 pertubuhan Cina dan 3 parti politik, iaitu MCA,DAP dan GERAKAN. Diperhimpunan tersebut,beberapa orang ahli daripada 3 parti politik itu,termasuk Lee Kim Sai , Timbalan Presiden MCA dan Lim Kit Siang, Setiausaha Agong DAP ,dengan lantang telah membuat tuntutan supaya isu sekolah Cina itu diselesaikan. Pehimpunan ini serta resolusi-resolusi yang diluluskan olehnya termasuk tindakan memulau kelas, telah meningkatkan sentimen perkauman di aklangan orang-orang Cina dan menimbulkan reaksi daripada pertubuhan-pertubuhan Melayu terutamanya UMNO .