Wednesday, April 16, 2008

Pengalaman Semasa Pilihanraya Ke-3 1969

Keputusan Pilihanraya 2008 dan 1969 Ada Persamaanya-Bahagian 2
Pengistiharan darurat dan berkuatkuasanya Ordinan Dharurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.1 Tahun 1969 pada 15-5-1969 telah menggantungkan semua pilihanraya dimana-mana kawasan di Malaysia yang belum selesai pada masa itu .
Lain-lain perkataan,perintah No.1 itu telah menghilangkan kuasa rakyat dan kerajaan sebelumnya yang ditadbir semasa British dan juga Kerajaan sebelum pilihanraya 1969 .
Sebenarnya,"metamorphosis" politik Malaysia bermula pada 10-5-1969 -iaitu rakyat sudah mahu menetukan distinasi politik Malaysia sesuatu yang berlandaskan kekuatan "plural society"atau majmuk- MALAYSIAN MALAYSIAN yang dipelopori oleh Parti Tindakan Demokratik atau DAP** . Iaitu , Malaysia mestilah diperintah oleh lebih daripada satu bangsa . Maka itulah intisarinya,apabila peluang untuk merealisasikan impian mesti terbuka luas apabila Parlimen terdiri daripada 144 bilangan kerusi, dimana 104 nya di Semenanjung, 10 dari Sabah dan 24 daripada Sarawak (kedua-duanya pertama kali mengundi selepas menyertai Malaysia pada 16-7-1963).
Jumlah pemilihnya mengikut daftar pemilik penyemakan tahun 1968 dan disahkan opada 27-3-1965 , Malaysia memiliki 3,843,782 pemilih berdaftar dimana pecahanya seperti berikut;
  1. Semenanjung 3,302,184
  2. Sabah 208,861
  3. Sarawak 322,737

(** Lim Kit Siang mula bertanding di dalam pilihanraya 1969 di kawasan Parlimen Bandar Malacca dengan mendapat 18,562 undi untuk mengalahkan calon Perikatan Kok Kim Leng yang mendapat 7,346 undi. Majoriti DAP ialah 11,216).

Penamaan calon pilihanraya 1969 ialah pada 5-4-1969 , kecuali Kelantan pada 12-4-1969. Hari mengundi ialah pada 10-5-1969 , di Sabah pada 10-5-1969 hingga 25-5-1969 dan Sarawak pada 10-4-1969 hingga 7 6-1969.

Jumlah calon-calo yang bertanding adalah seperti berikut;

  1. 354 orang calon untuk kerusi Parlimen
  2. 902 orang calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri
  3. 13 orang calon untuk kerusi Parlimen ditolak
  4. 18 orang calon untuk kerusi dwan Undangan Negeri ditolak

104 bilangan kerusi Parlimen diSemenanjung, 16 di sabah dan 24 Sarawak telah dipertanding oleh 322 calon, 35 daripadanya calon bebas dan 287 daripada 12 buah parti ;

  1. Perikatan (PER) 118
  2. Parti Islam Sa-Malaya (PAS) 62
  3. Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PR) 6
  4. Parti Kemajuan Rakyat (PKR) 6
  5. Parti Tindakan Demokratik (PTD) 24
  6. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GRM) 14
  7. United Malaysian Chinese Organisation (UMCO) 3
  8. Sarawak National Party (SNAP) 23
  9. Sarawak United People's Party(SUPP) 19
  10. Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) 15
  11. Sabah Chinese Association (SCA) 3
  12. United Sabah National Organisation (USNO) 13

Dipertandingankan 282 bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri di Semenanjung, 48 di Council negeri Sarawak.Sejumlah 898 calon bertanding diantaranya 105 calon bebas dan 793 calon dari 10 parti politik;

  1. Perikatan (PER) 315
  2. Parti Islam sa-Malaya (PAS) 185
  3. Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PR) 38
  4. Parti kemajuan Rakyat (PKR) 16
  5. Parti Tindakan Demokratik (PTD) 57
  6. Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( GRM) 38
  7. United Malaysia Chinese Organisation (UMNCO) 12
  8. Sarawak National Party (SNAP) 46
  9. Sarawak United People's Party (SUPP) 40
  10. Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) 35

Semasa hari penamaan calon , 20 kerusi Parlimen dimenangi tanpa bertanding terdiri daripada 9 calon Perikatan dan 11 calon United Sabah National Organisation (USNO) . 11 calon dewan Undangan Negeri menang tidak bertanding dan dimenangi oleh Perikatan .

No comments: